Ilmu pertahanan diri seperti silat memang wajar diperlihatkan kepada umum bagi menonjolkan tradisi Melayu yang dijaga sejak sekian lama. Namun, kita masih perlu melakukan aktiviti tersebut di kawasan yang selamat dan mematuhi undang-undang yang ditetapkan.

Namun baru-baru ini tular sebuah video yang memperlihatkan sekumpulan individu melakukan aksi silat di tengah-tengah jalan ibu kota.

Baca Juga:

Menerusi video tersebut, beberapa individu dengan berbusana baju silat tradisional melakukan aksi sewaktu orang ramai sedang melintas di jalan Tunku Abdul Rahman.

Antara yang mencuri tumpuan juga apabila mereka juga dilihat memegang beberapa bilah parang lalu bertarung antara satu sama lain di tengah-tengah jalan yang sesak itu.

@havocbazaar

Viral fyp silat kat Tengan JALAN TUANKU ABDUL RAHMAN KL #fyp #viraltiktok #viralvideo #havocbazaar #PertamaComplex #havocbazaar

♬ original sound – HAVOC BAZAAR – HAVOC BAZAAR

Video yang dimuat naik oleh pengguna TikTok @havocbazaar kini mendapat perhatian netizen yang mana rata-ratanya mempertikaikan tindakan tersebut kerana tidak sesuai dengan lokasi. Malah, ramai menanyakan apakah motif sebenar yang cuba disampaikan dengan berbuat sedemikian.

Sumber Gambar: TikTok @havocbaazar
Sumber Gambar: TikTok @havocbaazar

Sementara itu, ramai juga yang meminta pihak polis untuk mengambil tindakan terhadap mereka kerana didakwa mengganggu ketenteraman awam serta tidak mempunyai permit untuk pertunjukan.