3 nama selebriti A Hollywood, Taylor Swift &  Selena Gomez serta Cara Delevingne hadir dalam acara yang dianjurkan oleh pelawak Ramy Youssef bagi mengutip dana kemanusiaan Gaza, menurut The Juruselem Post.

Selain daripada 3 nama di atas, selebriti lain yang turut dilaporkan hadir ialah Anya Taylor Joy dan anak legenda rock, Lenny Kravitz iaitu Zoë Kravitz.

Baca Juga:

Taylor Swift & Selena Gomez serta rakan rakan artis yang lain dilaporkan hadir dalam acara yang diadakan di Brooklyn menurut laporan People.

Ramy Youssef merupakan selebriti berbangsa Amerika-Arab secara tepatnya berdarah kacukan Amerika dan Mesir telah mengumumkan dia mengadakan acara amal mengutip dana untuk membantu mangsa konflik di Gaza.

Selena Gomez antara selebriti yang tidak digemari di Israel. Kerana dituduh seorang pro Palestin sejak dulu. Namun artis itu menyatakan dia sentiasa berpihak kepada kemanusiaan.

Sebelum ini Gomez pernah menghentikan seketika aktiviti di media sosial kerana hatinya luluh melihat krisis kemanusiaan yang sedang berlaku.

Gomez tidak terang terangan menyebut tentang Gaza, namun ramai percaya dia sedang bersedih untuk Gaza.

Dia meminta agar semua orang dilindungi terutama sekali kanak kanak. Dan keganasan harus dihentikan, katanya lagi.

 

Taylor Swift yang merupakan sahabat baik Gomez, seorang selebriti yang sangat berpengaruh di dunia. Dia juga rapat denga Gigi Hadid. Seorang yang berdarah bangsawan Palestin.

Gigi Hadid malah pernah muncul dalam video klip Taylor Swift, Bad Blood.

Sebelum ini kaka Gigi iaitu Bella Hadid disingkirkan oleh Dior dan digantikan dengan model Israel kerana lantang mengutuk Israel.

Gugurkan Bella Hadid, Dior Pilih Model Dari Israel Sebagai Duta Baharu

Laporan itu benar benar membuatkan beberapa page pro Israel mengutuk Taylor Swift yang dianggap tak pernah langsung bersuara tentang kemanusiaan di Tel Aviv selama ini. Namun ada pula masa dia menghadiri acara membantu Gaza.

Lebih banyak kecaman di media sosial ditujukan kepada TIMES Person Of The Year itu yang dianggap telah memilih untuk berada di pihak yang salah.

Taylor Swift turut dituduh seorang Anti Semitik.

Berbalik kepada acara amal itu, semua kutipan itu akan disumbangkan kepada American Near East Refugee Aid (ANERA.)

Badan amal itu sebenarnya sudah mengutip dana kemanusiaan itu sejak 1968. Dengan pendirian mereka yang tidak mengambil kira isu politik dan agama.

Misi utama mereka adalah untuk membantu orang awam yang terkesan kerana konflik. Mereka akan cuba membantu untuk kelangsungan hidup mangsa konflik dari segi kesihatan, pendidikan dan ekonomi.

ANERA seringkali dikecam oleh pihak pro Israel kerana dikatakan hanya melihat kesengsaraan di pihak Palestin dan menutup mata tentang penderitaan rakyat Israel.

Presiden ANERA, Peter Gubser banyak mendapat ancaman daripada pihak pro Israel agar NGO miliknya itu ditutup.