Netizen Malaysia berpuas hati melihat sekumpulan orang Malaysia berbangsa cina menyekolahkan pelancong warga China tanah besar yang tidak mahu beratur.

Isu biadap pelancong China telah menjadi topik hangat sejak dahulu lagi. Ini termasuk kebiadapan segelintir pelancong China yang berada di negara kita.

HYPE
Dari Konten Ke Jualan, TikTok Shop ‘Game Changer’ E-Dagang
Baca lagi →

Baca Juga:

Terbaru, ada pelancong China yang memotong barisan ketika berada di sebuah pasaraya terkemuka di Malaysia.

Kemudian, sekumpulan orang Malaysia yang berbangsa Cina menyuruh pelancong China tersebut balik cepat cepat ke negara asal mereka. Dengan ada yang menggunakan isyarat tangan menghalau pelancong tersebut.

Stereotaip yang kerap digunakan segelintir pihak ketika bertikam lidah dengan orang Cina di Malaysia, dengan menyuruh mereka balik ke China.

Kali ini golongan Cina Malaysia pula gunakan ayat itu pada tempat yang tepat.

Ada yang mengusik, ianya ibarat ‘N’ pass antara orang Cina. Hanya orang Cina Malaysia yang boleh suruh China Tanah Besar balik ke negara mereka.

Sikap tidak pandai bersosial pelancong China itu menjengkelkan mereka. Video tersebut turut menerima banyak komen dan views daripada netizen Malaysia.

Netizen melabel pelancong China tersebut sebagai tidak bertamadun dan tidak pandai bersosial, maka dia tidak layak untuk melancong ke mana mana negara di dunia.

Seorang netizen berbangsa Cina Malaysia berkata, memang orang Cina di Malaysia – terutamanya generasi muda – selalu menyampah dengan perangai China Tanah Besar.

Kin Wai berkata: “Memang Malaysian Chinese benci PRC Chinese terutamanya generasi muda (bukan semua tapi confirm ramai).

We use China’s social media a lot and most of time found out we really nothing the same except ethnicity.

“Budaya kita, cara bertutur, pemikiran kita, semua memang beza sangat.”