Pada ketika ini, hampir kebanyakkan negeri mengalami taburan hujan lebat yang sangat luar biasa.

Fenomena ini turut menarik perhatian warga asing yang tinggal di Malaysia.

Baca Juga:

Baru-baru ini seorang gadis mat saleh dan rakan-rakannya merakam konten sewaktu berteduh daripada hujan lebat.

@teamalaisie

Just another Monsoon day in Kuala Lumpur #kualalumpur#malaysia#erasmus#student#looser#fyp#pourtoi#humour#monsoon#school#lol

♬ SUBWAY SURFERS (Main Theme) – Subway Surfers

Tiba-tiba ada seorang lelaki di hadapannya nyaris termasuk dalam longkang yang dipenuhi air hujan apabila kakinya tergelincir.

Cemas dengan situasi tersebut, lelaki berkenaan meninggalkan lokasi terbabit.

Sementara gadis mat saleh mentertawakan lelaki tersebut seolah-olah ia satu jenaka.

Video pendek itu membuatkan ramai netizen kurang senang melihatnya. Situasi tersebut mengingatkan orang ramai terhadap insiden wanita warga negara India yang jatuh ke dalam lubang jerlus di ibu kota dan tidak ditemui sehingga hari ini.

Sumber Gambar: TikTok @teamalaisie
Sumber Gambar: TikTok @teamalaisie

Ramai yang mempersoalkan mengapa lubang longkang itu tidak ditutup, adakah ia hilang dicuri.

Menurut warganet penutup longkang itu dibuka bagi memudahkan air hujan mengalir masuk ke dalam longkang. Jelas kelihatan dua penutup longkang diperbuat daripada batu disandarkan pada penghalang laluan pejalan kaki.

Bagaimanapun, ia membahayakan keselamatan pejalan kaki.

Dalam pada itu netizen turut menyeru orang ramai untuk berhati-hati ketika musim hujan lebat. Pada masa sama meminta orang ramai membawa payung, pakaian serta kasut/selipar lebih.

Pada masa sama orang ramai juga disarankan untuk pulang kerja selepas hujan lebat reda bagi mengelakkan terperangkap di jalanan.