Pada 23 Mac yang lalu, syarikat petroleum tempatan Petronas mengumumkan mereka akan mendermakan bekalan perubatan dan peralatan berjumlah RM20 juta bagi membantu petugas barisan hadapan menghadapi COVID-19 ketika ini.
Antara bekalan dan peralatan yang akan disumbangkan adalah termasuk Peralatan Perlindungan Peribadi, peralatan ujian virus serta katil dan tilam kepada hospital yang dijadikan pusat kuarantin COVID-19.
Kita #dudukrumah, tetapi mereka berkorban masa mereka bersama keluarga untuk Malaysia ❤
PETRONAS menerusi Yayasan PETRONAS telah menyumbang bekalan perubatan bernilai RM20 juta ringgit kepada hospital-hospital dalam usaha membendung wabak Covid-19.#jagasamakita #wecare pic.twitter.com/wZRtvfoG0g
— PETRONAS Brands (@Petronasbrands) March 24, 2020
Sumbangan itu kemudiannya mula mendapat perhatian dalam kalangan netizen dengan ramai yang dilihat tersentuh dan terharu dengan tindakan syarikat yang sememangnya sinonim dengan kehidupan rakyat Malaysia sejak zaman berzaman itu.
Melalui semakan kami di laman Twitter, rata-rata netizen jelas gembira dengan sumbangan besar yang dilakukan Petronas itu dan sebagai menghargai jasa mereka, netizen juga menggesa agar rakyat Malaysia menjadikan Petronas sebagai jenama petroleum pilihan mereka selepas ini.
Sokong Petronas selepas ini
https://twitter.com/FaizalOthman423/status/1242396628213891073?s=20
Petronas sumbang RM20 juta kpd kerajaan utk Covid-19. Kita, isi minyak kat Stesen Minyak Petronas yer. Gas masak pun, kita beli gas Petronas yer! pic.twitter.com/AJyFEDvn0G
— Daud Ibrahim (@daudhjibrahim) March 24, 2020
Sebab tu lah bila nak isi minyak kereta, always always always make Petronas our first choice. https://t.co/Fb4OMDnbsu
— عيديل خالد (@aidil_khalid) March 23, 2020
Bukan sahaja mendapat perhatian dalam kalangan netizen, tetapi sumbangan yang dihulurkan Petronas juga turut mendapat penghargaan daripada Menteri Kesihatan Dr Adham Baba melalui satu ciapan yang dibuat di Twitter.
Saya berterima kasih kepada @Petronas kerana menyumbang peralatan & bekalan perubatan bernilai RM20 juta bagi mencegah penularan #COVIDー19
Sumbangan ini akan dilakukan secara berperingkat2 dgn kerjasama KKM & NADMA.
Keprihatinan pihak Petronas amat kami hargai.#StayAtHome
— Dr Adham Baba (@DrAdhamBaba) March 24, 2020
Walaupun pihak Petronas dilihat mengalami sedikit kesukaran dari sudut bisnes seperti dikatakan oleh beberapa netizen, namun mereka tetap tidak melupakan tanggungjawab mereka sebagai syarikat yang sangat dekat di hati rakyat Malaysia.
Walaupun harga minyak jatuh. Walaupun masa depan still uncertain. I'm proud to say that i once was part of this company. Tolonglah isi minyak kt Petronas lepasni guys.#DarahHijau https://t.co/7FCnm8I8j2
— RedzuanShafi (@redzuanshafi) March 24, 2020
Petronas shall have a pretty rocky road ahead amid the virus, price war, economic downturn; let’s pray that we can get through it together and get to help even more. 👏🏼 https://t.co/5WaY7o5SQY
— Rabiatul Nizam (@RabiatulNizam) March 24, 2020
Melihat kepada sumbangan yang telah diberikan oleh Petronas kepada petugas-petugas barisan hadapan ketika penularan wabak COVID-19 ketika ini, sudah pasti siapa sahaja akan berasa tersentuh dan terharu.
Jadi kepada anda di luar sana, apa kata kita terus memberikan sokongan kepada Petronas selepas ini agar mereka dapat terus membantu negara kita ketika berada dalam keadaan yang sukar seperti ketika ini.
Petronas juga sebelum ini terkenal dengan iklan mereka yang dinantikan setiap kali tiba musim perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri. Baca perkongsian kami sebelum ini mengenai iklan Raya Petronas.
Petronas Perkenalkan Stesen Minyak Bergerak Dinamakan Sebagai ‘ROVR’
Kedai Mesra Petronas Kini Tampil Dengan Pembaharuan Lebih ‘Fresh’