Netizen benar benar tidak menyangka bahawa Microsoft Excel pun boleh menjadi aplikasi yang digunakan untuk curang.

Netizen tergamam dengan satu babak dalam drama Melayu, Layang Layang Perkahwinan yang turut dibintangi Shukri Yahya dan Alya Iman.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Di mana dalam satu babak tersebut, watak Azim yang dibawakan oleh Shukri menerima mesej daripada seorang wanita di telefon pintar dengan selamba ketika dia berada dekat dengan isterinya.

Mesej yang dihantar itu dalam bentu Microsoft Excel. WOW! Mindblowing! Kata netizen. Ini adalah perkara yang tidak disangka sangka.

Dan mereka yakin bahawa taktik curang pakai Excel ini memang dah wujud. Kalau tak mustahil la pengarah boleh ada idea untuk menyelitkannya dalam drama.

Kerana mereka tak pernah terfikir bahawa taktik licik macam ni pun wujud. Azim menerima satu fail Microsoft Excel daripada isteri keduanya Tsuraya.

Fail tersebut tertulis: Proposal CTG Update!

Biasanya fail Excel memang atas urusan kerja kerana formatnya. Namun Tsuraya dan Azim menggunakannya untuk bermesej. Tsuraya menyatakan dia merindui Azim.

Dia menulis: “Saya rindukan kamu sayang.”

Netizen menyatakan bahawa satu lagi taktik lelaki curang sudah didedahkan.

@mayadeens

Kawan lelaki aku tak bagi post, takut method kena expose lah tuu😌 ini wow teruk! kdrama pun tak terfikir nak letak scene gini. Conversation dekat excel sheet ek🀯 Download sooka app dan strim Megadrama: Layang-Layang Perkahwinan dengan serendah RM14.90/bulan, TANPA KONTRAK. Episod pertama adalah PERCUMA, download dan strim sekarang! #sooka #sookamalaysia #LayangLayangPerkahwinan #sookaGotDrama #syukriyahaya

♬ suara asli – Musiceveryday – π™ˆπ™π™Žπ™„π˜Ύπ™€π™‘π™€π™π™”π˜Ώπ˜Όπ™”22

Cara penyampaian drama ini benar benar mengejutkan ramai. Mereka tidak menolak bahawa ianya memang mengagumkan. Kerana ianya dianggap tidak klise.

Ramai yang menyatakan bahawa, sekarang ni nak kena periksa aplikasi lain pula. Sebab orang dah tak curang pakai WhatsApp atau aplikasi mesej yang biasa digunakan.

Layang Layang Perkahwinan ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2024 arahan Eyra Rahman dibintangi oleh Shukri Yahaya, Ezzanie Jasny, dan Keith Foo.

Drama ini mengisahkan Saida adalah isteri yang sempurna kepada Azim. Saida tidak menyedari dirinya telah dicurangi oleh Azim.

Sebelum ini drama ini mengudang kritikan kerana dianggap memaparkan aksi soft p***.