Satu perkongsian TikTok PPIM telah meraih perhatian warganet apabila sekali tiga tingkat rumah berbeza membuat renovation haram dengan menambah pada bahagian tepi rumah flat terbabit.
Menerusi komen-komen yang dikongsikan warganet, didapati renovation haram itu dibuat di kawasan flat Kelumpuk Kemunting, Keramat Wangsa.
Baca Juga:
- ‘Bukan Pasang Suka-Suka’ – Penghuni Flat Berkeras Enggan Cabut Gril Besi
- Individu ‘Selfish’ Extend Rumah Flat Sehingga Kurung Meter Air Penduduk Undang Kemarahan Netizen
- Netizen Selar Tindakan Penduduk Flat Selamba Cop Parkir Guna Tong Sampah Dan Motosikal
Dari tingkat bawah sekali sehingga tingkat ketiga, masing-masing menambah bahagian tepi rumah mereka dipercayai untuk memiliki ruang yang lebih luas.
Pada bahagian extend tingkat tiga itu, kelihatan pemilik rumah siap membuat balkoni pada binaan tambahan itu.

Warganet berasa hairan bagaimana pihak berkuasa tidak ‘sedar’ pembinaan haram itu walaupun ia terletak di tepi kawasan jalan.
Ada sekelompok netizen mendakwa pihak berkuasa hanya akan mengambil tindakan sekiranya terdapat laporan dibuat mengenai renovation haram tersebut.

Netizen menjangkakan kos rumah asal ditambah kos extend itu membolehkan mereka membeli sebuah rumah landed di kawasan lain.