Satu perkongsian TikTok PPIM telah meraih perhatian warganet apabila sekali tiga tingkat rumah berbeza membuat renovation haram dengan menambah pada bahagian tepi rumah flat terbabit.

Menerusi komen-komen yang dikongsikan warganet, didapati renovation haram itu dibuat di kawasan flat Kelumpuk Kemunting, Keramat Wangsa.

Baca Juga:

Dari tingkat bawah sekali sehingga tingkat ketiga, masing-masing menambah bahagian tepi rumah mereka dipercayai untuk memiliki ruang yang lebih luas.

Pada bahagian extend tingkat tiga itu, kelihatan pemilik rumah siap membuat balkoni pada binaan tambahan itu.

Sumber Gambar: TikTok @ppim.official

Warganet berasa hairan bagaimana pihak berkuasa tidak ‘sedar’ pembinaan haram itu walaupun ia terletak di tepi kawasan jalan.

Ada sekelompok netizen mendakwa pihak berkuasa hanya akan mengambil tindakan sekiranya terdapat laporan dibuat mengenai renovation haram tersebut.

Sumber Gambar: TikTok @ppim.official

Netizen menjangkakan kos rumah asal ditambah kos extend itu membolehkan mereka membeli sebuah rumah landed di kawasan lain.