Anak kepada pelukis yang menghasilkan rekaan beruang matahari pada logo Tahun Melawat Malaysia 2026, tampil mendedahkan bahawa karya ayahnya bukan AI.

Ramai netizen memuji logo tersebut sebagai sangat cantik dan menarik. Tidak kurang juga yang meminta agar dikeluarkan cendera mata berupa plushie comel.

‘Confirm Bukan Intern Buat’ – Logo Tahun Melawat Malaysia 2026 Dipuji Ramai

Oleh kerana rekaan grafik tersebut dianggap terlalu cantik, maka ada netizen yang mahukan kepastian sama ada ianya AI atau tidak?

Mereka mahukan bukti bahawa lukisan itu bukannya janaan AI.

Anak kepada pelukis beruang matahari itu tampil menjelaskan bahawa ianya hasil tangan ayahnya dan bukan janaan AI.

Netizen tersebut berkata: “Katakan bahawa ini bukannya AI, tolonglah..”

Anak pelukis tersebut sempat menunjukkan sebahagian daripada proses  penghasilan rekaan beruang tersebut.

“Hai, ini bukan AI, ianya lukisan asli daripada ayah saya,” tegas beliau.

Dia turut menunjukkan proses awal penghasilan beruang matahari tersebut. Ini selepas netizen tersebut masih tidak berpuas hati dengan bukti yang dikemukakan.

Netizen itu berkata: “Kami sebenarnya sangat sukakan rekaan ini, jadi ada bukti tak yang ianya bukan janaan AI, tolong kongsi, malangnya, meletakkan beberapa helaian rekaan di atas meja kamu tidak dapat membuktikan apa apa.”

Anak pelukis itu membalas dengan menunjukkan tangkap layar perbualan dengan ayahnya menunjukkan proses rekaan awal beruang tersebut.

Selepas anak pelukis itu memberikan penjelasan masih ada juga yang masih tidak berpuas hati.

Namun netizen yang lain meminta pihak yang mahukan bukti – digelar terpaling AI – itu sekurang kurangnya memberikan pengiktirafan kepada pelukis tersebut, selepas bukti sudah diberikan.

Netizen yang lain memberikan penghargaan kepada pelukis tersebut. Kerana menurut mereka logo kali ini sangat cantik berbanding beberapa logo sebelum ini.

Ada yang kagum dengan bakat pelukis menggabungkan teknik lukisan tradisional dengan moden – menerusi binaan model 3D di komputer.