Perancis memang tidak dapat disangkal lagi merupakan antara pasukan yang cukup konsisten dalam kejohanan besar terutamanya saingan Piala Dunia dan EURO sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Selepas tersingkir seawal pusingan 16 EURO 2020, skuad kendalian Didier Deschamps itu tampil lebih garang untuk muncul juara Piala Dunia 2018 dan empat tahun kemudian mara sekali lagi ke pentas final tetapi dihampakan oleh Argentina.

EURO 2024 pula menyaksikan perjalanan Les Blues terhenti di separuh akhir selepas tewas kepada juara, Sepanyol.

Keadaan yang menyaksikan pasukan tersebut merupakan antara negara yang sentiasa menjadi pencabar kejuaraan dan ia tidak terkecuali dalam kempen Piala Dunia 2026.

Mereka mempamerkan aksi cemerlang pada pusingan 32 dengan menundukkan Sweden 3-0 bagi menempah pertemuan menentang Paraguay. Pemenang perlawanan itu bakal menentang sama ada Kanada atau Maghribi di peringkat suku akhir.

Messi
Kredit Foto: Paul ELLIS / AFP

Neville Anggap Hanya Argentina Mampu Hentikan Perancis

Melihatkan kepada kemampuan hebat dimiliki Perancis, Gary Neville percaya hanya ada satu pasukan sahaja yang mampu menghalang mereka kali ini.

“Satu-satunya pasukan yang saya lihat mampu menghalang Perancis ketika ini, berdasarkan mentaliti mereka ialah Argentina. Mereka memiliki karakter yang cukup keras, berpengalaman dan tahu bagaimana untuk menang,” kata Gary Neville menurut sumber laporan Sport Bible.

“Itulah satu-satunya pasukan yang saya fikir mempunyai kesatuan serta semangat berpasukan yang mampu menandingi Perancis ketika ini.

“Namun, apa sahaja boleh berlaku. England, Sepanyol atau Portugal mungkin akan meningkatkan prestasi mereka. Kita berharap perkara itu akan berlaku.”

Sumber