Akta Pengurusan Strata 2013 telah diwujudkan bagi memastikan persekitaran hidup yang harmoni untuk mereka yang tinggal di pembangunan strata memerlukan semua penghuni berkongsi kemudahan dalam satu komuniti.
Untuk pengetahuan anda, Akta Pengurusan Strata (Strata Management Act atau SMA) diperkenalkan pada 2013 bagi menyediakan penyelenggaraan dan pengurusan yang sewajarnya untuk bangunan dan harta bersama serta perkara-perkara yang berkaitan dengannya.
Baca Juga:
- Kesal Beli Rumah Tanpa Ilmu, Wanita Ini Terpaksa Bayar Hak Milik Strata Berjumlah RM15,000
- ‘Binaan Tambahan Tidak Dibenarkan’ – MPAJ Robohkan Struktur Haram Rumah Flat
Terbaharu, seorang pengguna Twitter yang dipercayai seorang perunding hartanah telah berkongsi sebuah gambar yang menunjukkan bangunan strata dimana penghuninya menyidai pakaian di balkoni dan dia mengatakan bahawa hal itu salah di bawah akta pengurusan Strata 2013.
Under Strata Act 2013 you cannot sidai baju dekat balcony. Because this is what it looks like. If every balcony ada baju, tak cantik memandang. Kurang value di situ. Use the designated yard area or a dryer. Sama-sama bagi condo facade kita lawa. Value tinggi. Nak jual untung ππ½ pic.twitter.com/rOlMBU4Toa
— MarieJualKondo π²πΎπΊ (@natashagideon) May 6, 2023
Tambahnya lagi, sepatutnya para penghuni tidak menyidai pakaian di balkoni kerana boleh ‘merosakkan’ nilai hartanah dan jika ‘facade’ cantik maka senang untuk untung menjual hartanah tersebut.
Perkongsian tersebut telah meraih perhatian orang ramai dan rata-rata netizen memberikan pelbagai pendapat berhubung dengan isu terbabit serta ada juga netizen yang mengkritiknya kerana seakan fokus mahu untung menjual rumah.
Segelintir netizen berpendapat bahawa kebanyakan mereka yang tinggal di rumah seperti itu menyidai di balkoni kerana tiada tempat sesuai untuk menyidai di dalam rumah.
Idk man, rules and what not aside β we are in a tropical country blessed with plenty of sun. Sounds completely insane to me that weβd have to dry our clothes in an internal-facing yard or use a dryer when the sun is right there. https://t.co/m8HIcPcfM8
— Harris Zainul (@harriszainul) May 6, 2023
Not quite right. According to Schedule 3 of the Strata Act, you cannot place laundry protruding OUT of the balcony. If the condo by-laws hv designated area, than only that place (can use AGM to change this by-law). If not, CAN place laundry IN the balcony area. https://t.co/fd0EQFqJTn pic.twitter.com/lnOSD5mmXp
— Joshua | Stop The Genocide! (@slickdrums) May 8, 2023
Nak tau why orang still sidai dekat balcony? Mostly new condo design yard dia tersorok belah dalam yang takde kena matahari/angin langsung so memang tricky nak prevent all residents dari sidai kat balcony.
Maybe developers should consider better layout plan to overcome this? https://t.co/bxadatmeJC
— que sera sera (@alostnemo) May 6, 2023
They need to design the yard area with good air ventilation. Who would be comfortably wearing clothes yg tak kering betul & bau masam?
Not everyone is going to afford a dryer. https://t.co/WmA7ahhkIR
— Yaya (@skinnymamy) May 6, 2023
Bukan itu sahaja, segelintir netizen juga berpendapat sepatutnya rumah-rumah seperti ini khususnya dibina dengan mengambil kira faktor cuaca dan pengudaraan rumah.
Malah, ada juga netizen mengatakan bahawa menerusi akta Strata 2013 sebenarnya mengatakan bahawa boleh menyidai di dalam kawasan balkoni tetapi bukan di luar.