Sebagai seorang insan yang berperikmanusiaan, kita sudah diajar untuk berbuat baik seperti bersedekah kepada mereka yang kurang bernasib baik.
Baru-baru ini, seorang pengguna TikTok berkongsi pengalaman dirinya mahu bersedekah tetapi lain pula jadinya sebaik berdepan dengan gelandangan di kaki jalan.
Menerusi video tersebut, lelaki berkenaan membawa sebungkus makanan lalu meluru ke arah gelandangan yang berdekatan dengan niat mahu bersedekah.
Tetapi alangkah terkejutnya apabila sewaktu menyoal sama ada sudah makan ke belum, dia telah dimarahi oleh gelandangan terbabit dengan nada suara yang lantang.
Lelaki itu langsung beransur dari tempat kejadian dan bersangka baik yang mungkin gelandangan itu lebih memerlukan wang berbanding makanan yang mahu disedekahkan itu.
“Kita nak bagi nasi arab, kita pula yang kena marah,” keluhnya dengan nada kesal.
Tambahnya lagi, susulan suara pekikan wanita itu yang nyaring telah menyebabkan orang di sekitar pejalan kaki merasa terkejut dan curiga sehingga melarikan diri kerana takut diapa-apakan.
Berdasarkan kapsyen yang dikongsikan, lelaki berkenaan sempat berseloroh mengatakan jika kalau gelandangan mengetahui isi bungkusan itu sudah pasti akan dijual semula dengan harga lebih tinggi.
@4p3k__ Alangkah die tahu nasi arab ni aku beli RM40 mesti die jual balik 😂 mungkin die pikir aku bgi nasi bujang kot 🤣 #ApekSeller #fyp #PejuangRinggit #lawak2025
Video yang dikongsikan itu menjadi tular di platform TikTok dan mengundang pelbagai rekaai dari kalangan netizen.
Ada yang berpendapat gelandangan berbuat sedemikian mungkin tidak selesa dirakam kerana takut dijadikan konten seperti yang selalu dilakukan oleh segelintir pencipta konten di luar sana.
Dalam perihal itu, tuan badan sendiri menegaskan dia merakam video sewaktu mahu memberikan makanan kepada gelandangan adalah sebagai perlindungan jika berlaku apa-apa perkara yang mengancam dirinya dan bukanlah berniat mahu dijadikan konten pula.
Perkara ini turut dipersetujui oleh seorang netizen lagi yang selalu menyertai aktiviti pengagihan makanan kepada gelandangan yang mana mendedahkan wujud segelintir individu gelendangan yang bersikap agresif terhadap orang luar.
Apa-apa pun, ada sebahagian netizen mendoakan agar lelaki berkenaan kekal istiqomah melakukan kebaikan meskipun kadang-kala perlu menghadapi senario sebegini.