Ketua jurulatih Selangor, Nidzam Jamil menegaskan beliau sedia untuk memberi peluang kepada pemain muda dalam pasukan untuk mendapatkan minit permainan dalam saingan Liga Malaysia musim ini.

Dalam satu temu bual selepas perlawanan menentang DPMM FC dalam kejohanan Kusel Asia Challenge di Stadium MBPJ semalam, Nidzam menegaskan semua terpulang kepada pemain muda berkenaan sama ada mereka sudah bersedia untuk beraksi dengan pasukan utama.

Baca Juga:

“Semua bergantung kepada pemain, bukan jurulatih. Kalau jurulatih merasakan pemain muda itu bersedia tetapi mereka sendiri belum yakin dan masih memerlukan masa, maka kita akan berbalik kepada karakter masing-masing.

“Sudah pasti kita akan beri mereka peluang. Sebagai contoh, Harry Danish baru berusia 18 tahun, Muhammad Abu Khalil juga berada dalam lingkungan umur sama. Untuk pemain dengan umur yang begitu muda, berada dalam pasukan seperti Selangor bukan satu perkara mudah.

“Peluang untuk bermain akan ada. Cuma bergantung kepada pemain sama ada mereka bekerja dengan cukup keras dan betapa besar keingininan untuk bermain,” katanya kepada Vocket FC.

Pada perlawanan semalam, Selangor berjaya mencatat kemenangan 4-0 hasil dua jaringan dari Noor Al-Rawabdeh dan pemain import baharu di bahagian sayap iaitu Alvin Fortes.

Teka-teki mengenai pembangu jurulatih kepada Nidzam Jamil juga terjawap apabila jurulatih kelahiran Ireland, Conor Nestor bakal membantu beliau.

Selangor akan bertemu wakil Laos, Young Elephants manakala DPMM pula akan bertemu seteru utama di Singapura, Balestier Khalsa dalam perlawanan kedua SAC 2024 di Stadium MBPJ, esok.