Nampaknya kini nilai mata wang kripto, bitcoin telah kembali melonjak setelah kejatuhan nilainya pada tahun 2018. Nilai bitcoin kini melonjak tinggi dengan kadar 1 BTC bersamaan $10,728.40 (~RM44,383.39).
Pastinya ini merupakan berita gembira buat mereka yang telah melabur dalam bitcoin dari zaman kegilaan bitcoin dahulu. Malah, Bitcoin juga dilaporkan memperoleh keuntungan lebih 10 peratus sejak 24 jam lalu.

$BTC Bearish Divergence forming on 1D Chart. We are due for a pullback and I believe we will see one. Set your buys at support levels below for a safe and lower risk entry. #bitcoin #crypto #cryptocurrency #BitcoinIsBack pic.twitter.com/V1VF2fBjj9
— JMA aka The Milkman🥛 (@JMA_Trades) June 23, 2019
https://twitter.com/TheCryptoDog/status/1142228638756036608
Peningkatan nilai kriptowang ini adalah selepas pengumuman Kriptowang Libra yang bakal diperkenalkan oleh Facebook pada tahun 2020. Malah, nilai mata wang kripto utama lain seperti ethereum, ripple dan litecoin turut memperolehi keuntungan antara 20-35 peratus berbanding bulan lalu.