Prestasi cemerlang bintang sensasi Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Hanapi di AFC Champions League Elite (ACLE) telah membuatkan nilainya semakin melonjak tinggi selepas dikenali di pentas Asia.
Berdasarkan kemaskini terbaharu di laman transfermarkt, Arif Aiman memiliki nilai pasaran 600,000 euro (RM2.82 juta) meningkat berbanding 550,000 euro (RM2.59 juta) pada disember tahun lalu.
Baca Juga:
- Peminat Korea Selatan Cadang Arif Aiman Beraksi Di Liga UAE
- Penyokong Rangers FC Mahu Arif Aiman Beraksi Di Liga Scotland
- Arif Aiman Dikaitkan Dengan Perpindahan Ke Kelab Gergasi Iran
- Prestasi Arif Aiman Terus Dapat Perhatian Media Antarabangsa
Tanda harga tersebut meletakkan Arif Aiman sebagai pemain Malaysia kedua yang termahal selepas Dion Cools dari kelab Buriram United (800,000 euro).
Pemain sayap berusia 22 tahun itu tampil memukau dalam saingan ACLE apabila menjaringkan empat gol selepas mengharungi empat perlawanan di peringkat kumpulan.
Prestasi tersebut meletakkan beliau berada dalam senarai penjaring terbanyak ACLE bersama tonggak Gwangju FC, Jasir Asani, Aleksandar Mitrovic (Al Hilal) serta Anderson Lopes (Yokohama F. Marinos).
Nilai pasaran Arif Aiman mampu melonjak lebih tinggi jika beliau terus konsisten menampilkan prestasi cemerlang dalam setiap perlawanan di pentas Asia.
Bukan itu sahaja, kelincahan Arif Aiman di atas padang turut menarik perhatian penyokong kelab gergasi Scotland, Rangers FC yang mahu melihat pemain sayap Harimau Malaya tersebut menyarung jersi pasukan mereka musim depan.
Mereka berharap pengurusan Rangers FC menawarkan kontrak rasmi pada Januari tahun depan.
Arif Aiman Hanapi
22
Malaysian InternationalConsistent performer not only in Malaysia but also the AFC (Asian) Champions League Elite with 4 goals and 1 assist in 4 games
Massive threat in the final 3rd with either scoring or creating for others
A pacy, direct, technical… pic.twitter.com/4IHGtm45Om
— The Rangers Journal (@RangersJournal) November 8, 2024
Hantaran The Rangers Journal turut menarik perhatian seorang lagi penyokong Rangers yang menyifatkan Arif Aiman pilihan pemain berkualiti dengan harga lebih murah berbanding pemain eropah.
“Ini adalah liga untuk dilihat. Mungkin Liga Malaysia tidak sehebat Liga Scotland (saya tidak pernah menonton Liga Malaysia), tetapi pemain yang bermain di peringkat tertinggi di sana, akan lebih murah berbanding dengan pemain dari liga Eropah,” tulis KyleRC.
These are the leagues to look at just now. Maybe not in a league better or as good as Scotlands (idk though, never really watched the Malaysian league), but the players playing at a high level there, would be cheaper compared to European leagues. https://t.co/x7UuRe2o7v
— KyleRC (@_KyleRC_) November 8, 2024
Sebelum ini, Arif Aiman menarik perhatian beberapa media antarabangsa termasuk ESPN Asia yang menyifatkan pemain muda Malaysia itu memiliki potensi beraksi di eropah.
“Satu lagi aksi luar biasa Arif Aiman, satu lagi kemenangan menakjubkan JDT dalam saingan Liga Juara-Juara Asia Elit,” lapor ESPN Asia.
Another electrifying display from Arif Aiman, another impressive result for 🇲🇾 @OfficialJohor in the AFC Champions League Elite. #ACLElitehttps://t.co/mb5It0RyZ1
— ESPN Asia (@ESPNAsia) October 1, 2024
Bekas ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan Gon dalam satu sidang media baru-baru ini turut meramalkan Arif Aiman bakal jadi antara pemain terbaik Asia satu hari nanti.