NIVEA baru sahaja melancarkan rangkaian deodoran pencerah baharu, NIVEA Extra Bright Premium Fragrance.
Deodoran NIVEA Extra Bright Premium Fragrance serba baharu ini memberikan manfaat tambahan untuk mencerahkan dan melicinkan kulit bawah lengan dengan wangian eksklusif berkekalan yang meningkatkan keyakinan dan kecantikan para wanita sepanjang hari.
Baca Juga:
- NIVEA Terima Pengiktirafan ‘Malaysia Book of Records’, Raih Penyertaan Terbesar Dalam Cabaran Anti Bintik Hitam
- Rahsia Untuk Anda ‘Pikat’ Gadis Idaman Anda
Rangkaian deodoran NIVEA Extra Bright Premium Fragrance baharu ini melangkaui fungi asas untuk menghilangkan bau badan dan ia didatangkan dengan faedah tambahan untuk mencerahkan dan melicinkan kulit bawah lengan dengan 10% lebih Vitamin C, ditambah pula dengan wangian eksklusif #SignatureScent yang berkekalan untuk meningkatkan keyakinan wanita.
Bunga Peony merupakan wangian utama untuk deodoran NIVEA Extra Bright Premium Fragrance Velvet Romance serba baharu, menawarkan wangian bertaraf dunia yang istimewa kepada pengguna untuk meningkatkan keyakinan mereka untuk bergaya setiap hari.
Selain Velvet Romance, terdapat dua varian lain iaitu Fresh Lavier dan Miracle Sweet untuk rangkaian deodoran pencerah dengan wangian eksklusif.
Rangkaian deodoran NIVEA Extra Bright Premium Fragrance boleh didapati di semua kedai Watsons, farmasi dan kedai atas talian NIVEA Official dalam botol Spray 150ml dan botol roll-on 50ml pada harga runcit yang disyorkan RM21.80 dan RM15.90 (masing-masing).
Untuk maklumat lanjut mengenai produk NIVEA dan kemaskini terkini, sila ikuti www.facebook.com/mynivea or visit https://www.nivea.com.my/.