Liverpool berkunjung ke Crystal Palace untuk aksi antara 2 pasukan yang masih tak kalah sebelum sepak mula EPL minggu keenam.

Skuad Arne Slot bermula buruk pada separuh masa pertama. Mereka melepaskan bolos awal – apabila Ismaila Sarr menyambar bola jarak dekat minit ke-9.

Liverpool kemudian berterima kasih kepada Alisson yang melakukan 3 penyelamatan berkelas dunia menafikan gol kedua  Palace.

Walaupun Liverpool dominan dari segi penguasaan bola namun Palace lebih mengancam dengan serangan balas berbahaya.

Separuh masa pertama berakhir dengan Palace 1 Liverpool.

Pada separuh masa kedua, Liverpool beraksi lebih baik. Namun Mateta  hampir  meletakkan Palace dua gol di hadapan menerusi percubaan terkena palang.

Alisson sekali lagi menjadi penyelamat Liverpool dengan ketangkasannya. Florian Wirtz mendapat peluang terbaik selepas menerima hantaran Szoboszlai, namun Dean Henderson dengan tangkas menangkap bola.

Isak turut berpeluang menjaringkan gol namun berjaya dicabar pertahanan lawan.

Pemain gantian Federica Chiesa kemudian menyamakan kedudukan untuk Liverpool minit ke-87.

VAR menyemak sama ada Mo Salah handball. Dan kemudian memberikan gol kerana bola terkena tangan Salah akibat ada tarikan ke atas pemain Mesir itu.

VAR

Pada lewat masa kecederaan, Eddie Nketiah merembat masuk bola selepas lontaran ke dalam panjang dibuat oleh  rakannya yang gagal dikeluarkan Liverpool.

VAR menyemak gol tersebut dan mengesahkannya – ianya gol kemenangan buat Palace ke atas juara bertahan.

Palace

Palace kini meneruskan rekod tanpa kekalahan dalam semua pertandingan kepada 18 perlawanan. Dan kini mereka menjadi pasukan tunggal dalam EPL musim ini yang masih belum kalah.