Kontroversi terus mewarnai temasya Sukan Olimpik 2024 di Paris selepas pelari pecut Amerika Syarikat, Noah Lyles dibenarkan beraksi dalam acara akhir 200 meter lelaki meskipun beliau didapati positif COVID-19.
Lyles dilihat sukar untuk berdiri dan perlu dibawa keluar dengan menggunakan kerusi roda selepas perlumbaan tamat yang menyaksikan beliau memenangi pingat gangsa dan kemudiannya beliau mengesahkan dijangkiti virus covid selepas berjumpa dengan pasukan perubatan.
Baca Juga:
- Olimpik 2024: Noah Lyle Adalah Manusia Terpantas Di Dunia Selepas Penamat Cukup Dramatik
- Kualiti Pasar Malam, Nilai Pingat Gangsa Yang Dimenangi Atlet Olimpik Hanyalah RM58
- Indonesia Kini Raih Dua Pingat Emas Di Sukan Olimpik Paris 2024
Meskipun tidak berada dalam keadaan yang baik, lyles memutuskan untuk mengambil bahagian dalam acara akhir 200 meter lelaki dan menduduki tempat ketiga di belakang pemenang pingat emas, Letsile Tebogo dari Botswana dan Kenny Bednarek dari Amerika Syarikat.
Perkara ini lantas mendapat kritikan dimana penganjur memberi kebenaran kepada atlet yang dijangkiti COVID-19 untuk mengambil bahagian walhal sebelum ini perkara itu dilarang.
Ketika temasya di Tokyo pada 2020, beberapa atlet tidak dibenarkan untuk bertanding selepas didapati positif kerana mahu menjaga keselamatan ramai pihak semasa temasya berlangsung.
Menerusi laman media sosial Instagran miliknya, Noah Lyles mengatakan beliau tidak akan meneruskan perjuangan dalam acara 4×100 meter yang dijadualkan berlangsung tidak lama lagi.
“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua orang atas mesej sokongan yang saya terima,” katanya dalam catatannya yang memaparkan gambar dia melutut di trek di Perancis.
“Saya percaya ini akan menjadi penghujung Sukan Olimpik 2024 saya. Ia bukan Olimpik yang saya impikan tetapi ia telah meninggalkan saya dengan begitu banyak kegembiraan dalam hati saya. Saya harap semua orang menikmati persembahan itu. Sama ada anda menyokong saya atau menentang saya, anda harus mengakui yang anda menonton saya beraksi di atas trek. Kita jumpa lagi di lain waktu,” katanya.