Kelab gergasi Liga Perdana Inggeris, Manchester United telah melancarkan jersi ‘away’ mereka yang akan dipakai bagi menghadapi saingan musim 2019/2828 dimana jersi tersebut diinspirasikan daripada karya seni yang terdapat di ‘Northern Quarter’, salah satu kawasan terkenal di bandar Manchester.
Jersi tersebut menggunakan warna asas seakan-akan ‘Savannah’ dengan dilapisi corak halus serta ditambah dengan penggunaan sedikit warna hitam di bahagian lengan dan bahu.
Corak yang terdapat pada jersi tersebut diinspirasikan oleh bilangan mosaik yang terdapat di ‘Northern Quarter’, satu kawasan yang terkenal dengan rekaan bangunan yang kreatif serta lukisan yang artistik.
Cetakan halus yang digunakan ke atas jersi tersebut dilengkapi dengan tiga jalur di bahagian bahu yang menggunakan warna hitam, colar ‘crewneck’ serta lambang ikonik kelab itu.
Jersi ‘away’ terbaru itu kini sudah berada dalam pasaran Malaysia namun menurut pengumuman di laman web rasmi Adidas Malaysia, pembeli perlu menunggu sehingga 19 Julai ini bagi mendapatkan jersi berkenaan.
Manchester United menamatkan saingan Liga Perdana Inggeris musim lalu di tangga keenam sekaligus terlepas peluang untuk beraksi dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) musim ini. Pasukan kendalian Ole Gunnar Solskjær ini akan beraksi dalam saingan UEFA Europa League (UEL), yang mana mereka pernah muncul juara pada edisi 2016/2017.