Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) dan Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Tan Sri Norza Zakaria menegaskan dia mempunyai kuota khas untuk membawa tetamu sendiri bagi menonton acara dalam temasya Sukan Olimpik 2024 di Paris.
Bercakap kepada Malaysia Kini, kuota yang diberikan kepada beliau tiada kena mengena dengan atlet atau pegawai pasukan yang mewakili negara.
Baca Juga:
- Sukan Olimpik 2024: Lee Zii Jia Atasi Lakshya Sen Untuk Bawa Pulang Pingat Gangsa
- Lee Chong Wei Nasihati Aaron-Wooi Yik: ‘Jangan Jadi Macam Saya Dapat Tiga Pingat Sama Warna’
- Sukan Olimpik 2024: Aksi Penuh Debar, Aaron-Wooi Yik Raih Pingat Gangsa
“Sebagai presiden BAM dan MOM saya diberikan peruntukan untuk bawa tetamu sendiri. Saya ada kuota khas, tidak kena-mengena dengan atlet,” katanya.
Sebelum ini tular di laman x yang menunjukkan satu gambar yang memaparkan individu didakwa isteri dan anak lelaki Norza yang mempunyai kad akreditasi dan menonton acara Olimpik di Paris.
Isu ini menimbulkan kemarahan peminat badminton tanah air ekoran pemain perseorangan wanita negara, Goh Jin Wei yang terpaksa menghadapi perlawanan di Sukan Olimpik tanpa ditemani jurulatih profesionalnya, Nova Armada.
Ia berikutan kad akreditasi yang terhad dikeluarkan oleh Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) bagi temasya edisi kali ini.
Namun Jin Wei dibantu Pengarah Kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia (ABM), Rexy Mainaky dan jurulatih beregu lelaki negara, Tan Bin Shen.
Acara badminton berjaya menyumbang pingat bagi negara selepas pasangam Aaron Chia/Soh Woo Yik dan perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia memenangi pingat gangsa.
Zii Jia mengatasi Lakshya Sen dengan keputusan 13-21, 21-16 dan 21-11 manakala Chia/Soh menewaskan pasangan Denmark iaitu Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen dengan keputusan 21-16, 22-20 dan 21-19.