Penyanyi dan pempengaruh media sosial, Nourul Depp terkejut dengan laporan bahawa dia dan suaminya, Eric Daniel Depp sudah bercerai.

Nourul mempersoalkan dari mana timbulnya berita dan cerita fitnah tersebut. Sedangkan dia dan suaminya masih lagi bahagia seperti biasa.

Nourul dan keluarganya kini menetap di Bali. Dan dia menasihati agar orang ramai di luar sana tidak terlalu taksub dengan membaca gosip.

Adalah lebih baik membaca buku buku yang bermanfaat seperti sejarah dunia serta buku pembangunan sahsiah diri.

Nourul Depp menyatakan dia mendapat satu mesej daripada pengikutnya di Facebook, yang memberitahunya tentang laporan berbaur fitnah itu.

Dia berkata: “Mesej dari seorang follower di FB. Ya Allah mai mana pulak kisah ni,” katanya meletakkan emoji geli hati.

“Tips kepada semua : “Tolonglah jangan baca berita mengarut daripada blog blog atau sumber yang tidak sahih serta tak realistik. Jika kamu jenis kaki suka gosip, memang akan baca gossip ja.

“Daripada semua itu, lebih baik baca kisah sejarah dunia, buku – buku pembangunan diri lebih baik. Sekurang kurangnya ia memberikan kamu ilmu. Kisah manusia lain yang berjaya bukan kisah manusia yang tidak bagi you apa apa.0

“Apa laaaa depa ni. Tak faham kami. Kepada yang pembawa cerita yang bukan-bukan yang menjuruskan ke fitnah; sedarlah, kamu takkan ke mana pun. Nanti mati, baru nak menyesal jika tidak diampunkan.

“Ada tak undang-undang penjara seumur hidup untuk manusia macam ni? Ini lebih bahaya I ada manusia lain dan di akhirat. Geram pulak kami,” tegasnya.