Penyanyi Nourul Depp atau Nurul Wahab memberikan amaran kepada mana mana pihak agar tidak mereka cerita mengaitkan dia dengan bekas suaminya Ajai.
Sedangkan dia sendiri langsung tidak pernah memikirkan perkara tersebut.
Gandingan duet Nurul dan Ajak bukanlah nama asing dalam industri seni muzik Malaysia. Mereka pernah menjadi pasangan duet yang sensasi pada satu ketika dahulu.
Rumah tangga yang mereka bina tidak bertahan lama. Dan kini masing masing sudah ada kehidupan baharu bersama pasangan masing masing.
Bengang dengan khabar angin tentang dia dan Ajai, Nourul menegaskan bahawa dia sudah menetapkan bahawa Ajai adalah manusia yang dia tak mahu jumpa atau bercakap dengannya setelah apa yang pernah mereka lalui.
Dia kekal profesional dan tidak mahu memberikan komen tentang Ajai. Dia sama sekali tidak pernah terfikir mahu berduet semula dengan Ajai.
Jadi dia meminta semua pihak menghormati pendiriannya.
Nourul kesal dengan spekulasi bahawa dia mahu berduet kembali dengan Ajai. Dipetik daripada Kosmo Online, Nurul menulis di IG miliknya dengan berkata: “Saya marah dan bengang. Ya saya seorang yang profesional.
“Tetapi untuk kembali menyanyi bersama tiada dalam perancangan saya. Tolong la.
‘Saya tak mahu jumpa dah’ – Nurul enggan lagi berduet dengan Ajai https://t.co/bCpY2xHS82 #Hiburan #Rencam #Terkini #ajai #bekas
— Kosmo! Online (@kosmo_online) October 15, 2024
“Jangan buat cerita yang tidak keluar daripada mulut saya. Kami tidak bercakap dan saya pun tak mahu bercakap atau bersemuka dengannya. Tak mahu, tak mahu, tak mahu.