Berakhirnya pusingan awal kempen Netball Super League (NSL 2026) menyaksikan empat pasukan pilihan menepati ramalan mara ke separuh akhir.
Terengganu Marvels jelas mencuri tumpuan apabila menang kesemua tujuh perlawanan liga termasuklah menundukkan skuad himpunan bintang, Johor Jewels untuk berada di kedudukan teratas dengan 21 mata.
Johor Jewels pula mengekori di tempat kedua dengan 18 mata hasil enam kemenangan diraih manakala KL Wildcats di kedudukan ketiga dengan 12 mata.
Juara bertahan itu memiliki kelebihan berdasarkan purata 110.03 berbanding Kedah Sunshine yang mengisi slot terakhir ke saingan separuh akhir.
Pasukan tangga keempat musim lalu, Perak Phoenix pula menamatkan kempen di kedudukan kelima, Pahang Tulips tangga keenam dan Melaka Mystics di tempat ketujuh.
Manakala Selangor Angels pula menduduki tangga terakhir tanpa sebarang kemenangan berjaya diraih pada edisi kali ini.
Separuh Akhir NSL 2026
Sehubungan dengan itu dalam aksi di separuh akhir NSL 2026, Terengganu Marvels akan menghadapi tentangan Kedah Sunshine dan Johor Jewels pula bakal membuat perhitungan dengan KL Wildcats.
Kedua-dua aksi tersebut akan berlangsung pada 9 Mei nanti dan perlawanan tempat ke-3/4 dan final pula akan diadakan pada 10 Mei.
Sementara itu dalam perkembangan lain, Terengganu Marvels, Johor Jewels dan KL Wildcats layak untuk beraksi dalam satu lagi pertandingan khas bakal diadakan selepas NSL 2026 berakhir dimana sebuah pasukan jemputan dari luar negara akan turut serta.