Temasya Sukan Olimpik 2024 di Paris sudah melabuhkan tirai yang menyaksikan Amerika Syarikat muncul sebagai pemenang secara keseluruhan diikuti oleh pasukan China di tangga kedua.
Dalam temasya kali ini, sebanyak 5 pingat emas berjaya dimenangi oleh atlet dari negara rantau Asia Tenggara dan berikut merupakan senarai pemenang pingat oleh atlet dari rantau ini dalam temasya Sukan Olimpik 2024.
Baca Juga:
- Azizulhasni Beri ‘Baton’ Kepada Shah Firdaus Untuk Olimpik LA 2028
- Indonesia Kini Raih Dua Pingat Emas Di Sukan Olimpik Paris 2024
- Atlet Filipina Ini Terima Durian Runtuh Selepas Menang Dua Emas
1. Pinga Emas
Atlet gimnastik dari Filipina, Carlos Yulo muncul sebagai atlet paling cemerlang dimana beliau membawa dua pingat emas diikuti oleh atlet dari Thailand, Panipak Wongpattanakit yang memenangi pingat emas dalam acara taekwando.
Indonesia mendapat dua pingat emas menerusi Veddriq Leonardo dalam acara memanjat dan Rizki Juniansyah dalam acara angkat berat kategori 73KG.
2. Pingat Perak
Hanya tiga atlet Thailand berjaya memenangi pingat perak dalam temasya edisi kali ini bermula dengan Kunlavut Vitidsarn dalam acara badminton perseorangan lelaki, Theerapong Silachai dalam acara angkat berat kategori 61KG dan Weeraphon Wichuma dalam acara angkat berat kategori 73KG.
3. Pingat Gangsa
Seramai 8 atlet berjaya memenangi pingat gangsa termasuk dua dari Malaysia iaitu Aaron Chia/Soh Woo Yik dan Lee Zii Jia dari acara badminton, Aira Villegas (Filipina) dalam acara tinju wanita kategori 50KG, Janjaem Suwannapheng (Thailand) dalam acara tinju kelas welterweight, Surodchana Khambao (Thailand) dalam acara angkat berat wanita kategori 49KG, Nesthy Petecio (Filipina) dalam acara tinju wanita, Maximilian Maeder (Singapura) dalam acara layar dan Gregoria Mariska Tunjung (Indonesia) dalam acara badminton perseorangan wanita.