Tiga pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Paris 2024, Lee Zii Jia, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik, mendapat hadiah pertama susulan meraih pencapaian membanggakan dalam sukan badminton.
Menerusi hantaran Facebook Chery Malaysia, ketiga-tiga atlet negara itu akan membawa pulang sebuah kereta utiliti sukan (SUV) Chery Tiggo 7 Pro sebagai salah satu ganjaran selepas berjaya merangkul pingat dalam acara sukan berprestij itu.
Baca Juga:
- Sukan Olimpik 2024: Lee Zii Jia Atasi Lakshya Sen Untuk Bawa Pulang Pingat Gangsa
- Olimpik 2024: Noah Lyle Adalah Manusia Terpantas Di Dunia Selepas Penamat Cukup Dramatik
- Sukan Olimpik 2024: Aksi Penuh Debar, Aaron-Wooi Yik Raih Pingat Gangsa
Pada masa sama, Chery Malaysia turut menjanjikan tawaran kepada mana-mana atlet yang memenangi pingat emas pertama dalam sejarah negara akan menerima SUV Chery Tiggo 8 Pro.
Pasangan beregu, Aaron-Wooi Yik memastikan kemenangan menjadi milik mereka dengan kemenangan 21-19 ke atas Astrup-Rasmussen dari Denmark.
Sementara itu, Lee Zii Jia mengakhiri kempen Sukan Olimpik 2024 dengan membawa pulang pingat gangsa hasil kemenangan ke atas Lakshya Sen dari India. Beliau menang mudah 21-11 pada set penentuan.
Terdahulu, Chery Malaysia telah mengisytiharkan sokongannya kepada atlet Malaysia yang bertanding dalam Olimpik Paris 2024 dengan menawarkan kereta percuma.
Hadiah menarik yang ditawarkan itu berupa Tiggo 8 Pro bagi pemenang pingat emas, Omoda E5 (pingat perak) dan Tiggo 7 Pro untuk pingat gangsa.