Selepas 24 jam yang mendebarkan, pertarungan antara Johan Ghazali bersama petinju berpengalaman dari Vietnam iaitu Nguyen Tran Duy Trat akhirnya sudah terjawab gerangan pemenangnya pada hari ini.
Dalam pertarungan tiga pusingan tersebut, Jojo telah ditumbangkan dengan bergaya oleh Nguyen menerusi keputusan pengadil.
Kekalahan ini merupakan kekalahan kali pertama Jojo dalam siri pertarungan ONE Fight dimana beliau sebelum ini memegang rekod 5-0.
Walaupun sebelum ini
Johan Ghazali Zulfikar yakin mampu menumpaskan juara dunia lima kali WMF Muay Thai, Nguyen Tran Duy Nhat dalam pertarungan ONE Championship, hari ini.
Petinju berusia 18 tahun itu mengakui bahawa pertarungannya menentang lawannya dari Vietnam itu menjadi perlawanan paling mencabar dalam kariernya, berikutan pengalamannya yang luas dimiliki.
Pertarungan ini sememangnya menjadi perhatian lebih-lebih lagi di kalangan rakyat Malaysia apabila siaran langsung di akaun rasmi FB One Championship dipenuhi dengan komen netizen Malaysia malah berjaya meraih lebih 100,000 jumlah tontonan pada ketika pertarungan berlangsung sebentar tadi.