Seorang influencer reviu makanan mendakwa sudah terlibat dalam bidang tersebut sejak 2011 menyatakan bahawa orang Cina tidak layak untuk memberikan reviu masakan Melayu.
Hal ini kerana menurutnya, ‘lidah’ setiap bangsa itu lain lain. Dia memberikan contoh: “Pada pendapat aku, contohnya orang Nigeria reviu masakan Melayu, memang tak kenalah.

“Kita ada lidah ibunda. Sebab itu lidah setiap bangsa itu berbeza. Sebab itu kita lihat orang Arab, di mana ‘taste buds’ dia lebih seperti orang Mat Salih, sangat kuat.
“Sebab itu, mereka makan sedikit sahaja pedas dah terasa kuat pada mereka.”
Ini sebab orang Cina tak layak reviu masakan Melayu
Influencer tersebut kemudian menjelaskan kenapa dia tidak menerima pakai reviu seseorang yang berbangsa Cina ke atas masakan Melayu.
Dia menambah: “Kalau kita kaji tentang palet lidah kita. Ada 3 jenis palet taste buds. Pertamanya yang sangat kuat, dia makan sedikit dia rasa 10 kali ganda daripada rasa itu.
“Misalnya, kita rasa makanan ini tak masin. Tetapi bagi dia, makanan ini masin sangat. Itu lebih kepada orang Eropah dan Arab di mana kebanyakan makanan mereka adalah tawar.
“Tekak orang Asia terutama orang Melayu sebelah Nusantara, bukan orang Cina, dia penuh dengan rempah ratus.
“Orang India, Thailand, Kemboja, Vietnam, Malaysia, Singapura, Sabah, Sarawak dan Indonesia ini, tekak mereka penuh dengan rempah ratus.

Menurutnya orang Cina bukan membesar dengan hari hari makan masakan Melayu. Sebaliknya mereka membesar dengan makan makanan mereka tersendiri.
Dia menambah: “Jadi kalau, contohnya bangsa Cina nak reviu makanan orang Melayu, memang tak kena. Kerana dia tak membesar hari hari makan nasi campur, atau masakan orang Melayu.

“Lainlah kalu dia membesar hari hari makan masakan orang Melayu. Kita boleh terima dia punya pendapat. Tapi kalau dia membesar dengan makan Bak Kut Teh, babi gulung, memang berbeza.
“Contohnya, aku tak pernah makan babi, aku reviu babi. Faham tak maksud aku. Jadi tak kenalah tempat itu.
“Orang Melayu yang biasa makanan Melayu dan western di negara kita. Makanan western di Malaysia berbeza dengan luar negara.
“Begitu juga, kalau orang Melayu nak reviu masakan orang Cina, memang tak kenalah. Sebab kita tak hari hari makan makanan Cina, mungkin setahun 3 kali.
“Pada kita, masakan Cina itu sedap, padahal orang Cina makan masakan itu, dia rasa biasa sahaja dan ada yang lagi sedap.
“Jadi, bagi aku, bangsa lain boleh buat reviu masakan Melayu, cuma pada pandangan aku, ianya tak boleh diterima pakai sangat.”
Influencer tersebut kemudian menegaskan bahawa, orang Melayu juga tidak cukup layak untuk membuat reviu masakan India seperti kari India.
@kchupstudio Kita kupas isu panas “cina review makanan melayu boleh pakai ke tekak cina tu?”@Kambing bakar pilah