Influencer dan model, Ayana Jihye Moon berasal dari Korea Selatan menarik perhatian warganet dengan memuat naik posting di Instagram yang menunjukkan sokongannya kepada YB Syed Saddiq yang menjadi calon Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Menerusi kapsyen Instagram milik Ayana, dia memaklumkan dia sanggup pergi ke Muar, Johor untuk bagi sokongan kepada Syed Sadiq walaupun mempunyai jadual yang padat.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Bukan itu sahaja, model berhijab itu juga mengatakan dia yakin Syed Saddiq akan memenangi pilihan raya kali ini di sebalik pelbagai kesukaran yang dihadapi.

“Saya yakin beliau akan berjaya dalam pilihan raya kali ini, pastinya akan berdepan dengan pelbagai cabaran, namun saya berdoa agar Allah SWT permudahkan segalanya. Insya-Allah,” tulis Ayana di kapsyen Instagramnya.

Walau bagaimanapun, segelintir warganet mengecam Ayana manakala ada juga yang menyokong dengan tindakan Ayana.

Menerusi ruangan komen, ada yang menjelaskan Ayana berbuat demikian kerana Ayana mempunyai sarjana muda dalam bidang sains Politik di International Islamic University Malaysia (UIAM). Pada masa yang sama, dia belajar tentang situasi politik di Malaysia dan rapat dengan YB Syed Sadiq yang terlibat dengan dunia politik.

Sementara itu, ada yang mengecam Ayana dengan mengatakan Ayana tidak perlu untuk menyibuk dengan dunia politik kerana dia bukan faham dengan drama politik Malaysia.

“Pelik tapi benar, dia pengundi ke? Orang Korea tapi menyibuk politik kat Malaysia,” kata warganet yang mengecam Ayana.

Terdahulu, Ayana dikhabarkan tertarik dengan Islam sejak berusia tujuh tahun dan kemudian memutuskan untuk memeluk Islam ketika berumur 16 tahun.