Seorang penganalisis mencadangkan agar rakyat Malaysia mempertimbangkan untuk menyewa berbanding membeli rumah, petik Free Malaysia Today.
Ini kerana kenaikan harga rumah yang tinggi menyebabkan orang ramai tidak mampu membelinya.
Baca Juga:
- Pemilik Rumah Dikecam Kerana Sewakan Ruang Tamu Satu Katil Dengan Harga Mahal
- Dekat Dengan MRT, Tuan Rumah Tawar Ruang Balkoni Untuk Disewa Pada Harga RM1,300 Sebulan
- Risiko Sewa Rumah, Ini Sebab Mengapa Pentingnya Ambil Deposit Daripada Penyewa
Dalam pada itu, beliau menyatakan semakin ramai orang yang membeli rumah akhirnya ia menjadi beban kewangan kepada mereka.
Menurut laporan kumpulan teknologi hartanah Juwai IQI, harga purata untuk pangsapuri baharu di Malaysia mencecah RM582,887 pada suku pertama 2024 (S1 2024). Manakala purata harga untuk subsale pula RM521,614.
Difahamkan harga itu lebih tinggi daripada harga purata rumah Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (NAPIC) sebanyak RM467,144 pada 2023.
Harga hartanah dijangka meningkat dengan ketara pada separuh pertama 2024 berikutan peningkatan kos bahan binaan, dengan harga pembinaan dijangka meningkat sebanyak 15%.
Sehubungan dengan peningkatan harga itu, Rakan Pusat Pendidikan Pasaran, Consilz Tan berkata pemilikan rumah telah mewujudkan ‘perangkap hutang isi rumah’ yang membawa kepada krisis persaraan.
“Kita harus lebih memberi tumpuan kepada pasaran sewa dan bukannya pemilikan rumah.
“Tanpa perancangan kewangan dan peruntukan dana yang betul, seseorang itu tidak seharusnya terburu-buru berhutang perumahan hanya untuk memiliki rumah,” katanya kepada FMT Business.
Tambahnya lagi, beliau menggemari skim rent-to-own dan berharap lebih banyak institusi kewangan akan mengambil bahagian dalam inisiatif tersebut.
“Perlu ada versi rumah sewa PR1MA yang ditambah baik dan Skim Smart Sewa to Ownership untuk peruntukan rumah yang lebih adil kepada pembeli rumah,” tambahnya.
Sementara itu, pengasas bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan Juwai IQI Kashif Ansari berkata harga rumah akan terus meningkat sepanjang 2024.