Petarung MMA dan juga jaguh Muay Thai, Diego Paez merasakan bahawa Johan Ghazali seorang petarung yeng ego dan terlalu yakin.

Dia mengakui Johan Ghazali atau Jojo seorang petarung yang hebat, namu sikap ego dan terlalu yakin itu membuatkan petarung itu kalah dallam pertarungan mereka baru baru ini.

Diego Paez berjaya menewaskan Jojo dengan split decision dalam acara ONE Fight Night 32.

Diego Paez: "Jojo Petarung Yang Bagus Namun Agak Ego Dan Overconfident'"
Sumber Gambar: FB Muhammad Johan Ghazali

Paez puji Jojo dan pada masa yang sama kritik sikap ego petarung itu

Selepas tamat pertarungan, Diego Paez diminta untuk memberikan komen tentang petarung muda Malaysia itu.

“Ya saya ada bercakap sepintas lalu dengannya selepas tamat pertarungan. Dan saya menikmati pertarungan kali ini,” tegas Diego Paez.

Kedua dua mereka merupakan petarung Muay Thai yang disegani. Dipetik dari Oh Bulan, Paez berkata: “Johan Ghazali adalah lawan yang sangat bagus, dihormati.

“Saya doakan terbaik untuk dia. Harap dia balik dan kembali berlatih. Dia mempunyai pasukan yang bagus disekelilingnya. Dia ada masa depan yang cerah dalam sukan ini.”

jojo johan ghazalijojo johan ghazali

Paez kemudian memberikan komen tentang keyakinan yang disuarakan Johan Ghazali sebelum pertarungan bahawa, Jojo yakin akan dapat menewaskannya.

Paez setuju bahawa Johan Ghazali agak memandang rendah kemampuannya dalam pertarungan ini.

Paez menjawab: “Untuk perlawanan kali ini mungkin Jojo sedikit memandang rendah kepada saya. Dan saya boleh katakan dia berlawan dalam keadaan agak ego dan terlalu yakin [akan menang ke atas saya].

Diego Paez: "Jojo Petarung Yang Bagus Namun Agak Ego Dan Overconfident'"

“Sebab itu setiap kali sebelum perlawanan saya selalu mengingatkan pesaing untuk memberikan sepenuh fokus kepada apa yang sedang berlaku dan bukannya fokus terhadap apa yang akan berlaku”

@matkulukilir

Interview diego paez and johan ghazali atau jojo .comeback anak muda💪🏻 #onechampionship #johanghazali #jojoghazali #diegopaez #muaythai #onefightnight32

♬ original sound – AcongHalusinasi🕊️ – AcongHalusinasi🕊️

Peminat Johan Ghazali agak tidak selesa dengan komen dilontarkan Paez kepada petarung itu. Dan mengingatkan Paez bahawa dia cuma menang tipis ke atas petarung muda dari Malaysia itu.

Seterusnya ada yang membangkitkan isu berat badan Paez yang lebih unggul berdepan dengan Jojo.

komen