Penasihat Pertubuhan Kesihatan Awam Malaysia, Datuk Dr Zainal Ariffin Omar membayangkan bahawa rakyat Malaysia mungkin akan kembali mengamalkan prosedur operasi standard yang ketat selepas China merancang untuk membuka sempadannya pada 8 Januari ini.

Bercakap kepada Harian Metro, Dr Zainal berkata lonjakan kes ini berlaku akibat kedatangan dan sebaran kes dari pengembara republik itu yang hampir tiga tahun terkurung di negara sendiri akibat polisi Zero COVID yang dikuatkasakan di negara terbabit.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

SOP yang ketat itu bukan sahaja memakai pelitup muka, tidak berkumpul di kawasan yang ramai, sentiasa mencuci tangan dan menjaga penjarakan sosial. Dr Zainal juga menggalkan orang ramai untuk melengkap vaksinasi COVID-19 termasuk dos penggalak dan lakukan ujian kendiri apabila perlu.

Beliau juga berharap agar kerajaan meningkatkan pengawasan risiko kes yang datang daripada China seperti ujian semasa ketibaan, kuarantin jika positif dan keperluan vaksin COVID-19.

Bagaimanapun, beliau percaya rakyat Malaysia tidak memerlukan sekatan perjalanan melainkan terdapat kes yang meningkat dan ia terbukti dari China. Beliau percaya bahawa kerajaan dan rakyat Malaysia sudah berpengalaman dan mampu untuk menangani situasi lonjakan kes COVID-19.