Sejak tahun 2019, wabak pandemik COVID-19 telah melanda seluruh dunia dan kini boleh dikatakan semua individu telah mendapatkan vaksin serta dos penggalak selepas munculnya varian baru.
Terbaharu, kajian yang dilakukan sekumpulan penyelidik dari Universiti Yale, Kementerian Kesihatan Republik Dominican serta beberapa institusi lain mendapati suntikan dua dos vaksin COVID-19 jenis Sinovac diikuti dos penggalak Pfizer-BioNTech menunjukkan tindak balas imun yang rendah melawan Omicron berbanding varian lain.
Malah, suntikan dua dos Sinovac diikuti suntikan dos penggalak Pfizer-BioNTech hanya menghasilkan antibodi serupa dengan dua dos vaksin jenis Messenger Asid Ribonukleik atau mRNA. Salah seorang daripada penyelidik, Akiko Iwasaki mengatakan bahawa penerima vaksin CoronaVac mungkin memerlukan dua lagi suntikan dos penggalak bagi mencapai tahap perlindungan melawan Omicron.
In terms of public health, CoronaVac 2x is insufficient to neutralize Omicron. Even with CoronaVac 2x plus Pfizer booster, NAb is only 1.4x higher than 2x mRNA alone. Thus, CoronaVac recipients may need 2 additional booster doses to reach levels needed against Omicron. (10/) pic.twitter.com/fkTy9aL6eh
— Prof. Akiko Iwasaki (@VirusesImmunity) December 30, 2021
Data kajian tersebut didapati menerusi analisis yang dilakukan ke atas sampel daripada 101 peserta di Republik Dominican dimana dua dos vaksin Sinovac itu tidak menunjukkan sebarang peneutralan yang dapat dikesan terhadap Omicron.
Bukan itu sahaja, kajian dari Hong Kong minggu lalu menunjukkan tiga dos vaksin Sinovac tidak menghasilkan antibodi yang mencukupi untuk melawan Omicron dan memerlukan dos penggalak Pfizer-BioNTech bagi mencapai tahap perlindungan diperlukan.
Sementara itu, Omicron kini mengganas di Amerika Syarikat. Klik pautan di bawah untuk ketahui lanjut.
Omicron Mengganas, Amerika Syarikat Catat Angka COVID-19 Tertinggi Harian Dengan 525,763 Kes
Kita Mungkin Perlu Ambil Dos Keempat Vaksin COVID-19, Kata CEO Pfizer