Pakar Pejabat Meteorologi British menganggarkan bahawa suhu Bumi akan meningkat tahun depan sehingga bakal menjadi tahun terpanas pernah direkodkan, BBC.
Mereka meramalkan kenaikan suhu akan meningkat sekurang-kurangnya satu darjah Celsius melebihi purata.
Baca Juga:
- Lelaki Ini Dedah Mengapa Kedai Motosikal Lebih Suka Pembeli Buat ‘Loan’ Berbanding Beli Tunai
- Jangan Ulang 5 Kesilapan Kewangan Orang Malaysia Selalu Buat
- Produk Laku Keras, Ini 5 Perkara Yang Boleh Kita Belajar Daripada Kejayaan Khairul Aming
Mereka juga menyatakan kesan pemanasan global daripada perubahan iklim yang disebabkan oleh manusia telah menyebabkan peningkatan suhu global.
Sementara itu negara-negara di seluruh dunia telah berjanji untuk mengurangkan pelepasan bagi mengekalkan peningkatan suhu di bawah 1.5 darjah Celsius bagi mengelakkan kesan terburuk perubahan iklim.
Pada 2022 rekod suhu terpanas dipecahkan di pelbagai bahagian dunia termasuk di England yang direkodkan melebihi 40 darjah Celsius.
Kebakaran hutan yang teruk melanda bahagian Eropah dan Australia dikaitkan dengan cuaca panas. Sementara itu, cuaca di Pakistan dan India sangat panas kerana suhu mencecah 51 darjah Celsius.
Dalam satu siri kajian, saintis telah membuat kesimpulan bahawa peningkatan suhu ini berkemungkinan disebabkan oleh perubahan iklim.
Peningkatan suhu dijangka memberi kesan buruk kepada manusia dan alam semula jadi, termasuk kemarau dan penyakit yang kerap disebabkan oleh cuaca panas.