Bulan Ogos dah tiba! Beberapa hari lagi, rakyat Malaysia bakal menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-66. Mesti banyak aktiviti yang anda sudah plan cuti panjang merdeka ni kan?
Bukan itu sahaja, yang paling dinantikan adalah iklan-iklan menarik yang bertemakan Merdeka. Barulah semangat patriotisme tu berkobar-kobar dalam diri!
Baca Juga:
- Gaya Rakyat Malaysia Meraikan Hari Kemerdekaan
- 10 Cara Yang Bermanfaat Untuk Menyambut Hari Kemerdekaan
Untuk pengetahuan anda, Takaful Malaysia ada iklan Merdeka best tahun ini. Jom kami kongsikan, tapi janji anda kena layan sampai habis!
Masing-masing ada peranan sendiri untuk membantu orang sekeliling
Takaful Malaysia mempersembahkan iklan sempena Hari Kebangsaan yang memaparkan pelbagai kejadian dengan satu mesej iaitu Takaful Malaysia sentiasa berada disisi untuk rakyat Malaysia menjalani kehidupan yang terbaik.
Setiap jalan cerita diinspirasikan daripada pelbagai situasi yang pasti menyentuh perasaan rakyat Malaysia. Check out video dekat bawah ni:
Bila tengok balik, mesti anda sebak dan terharu dengan kejadian yang berlaku tu kan. Orang di sekeliling kita pun prihatin dan ada peranan masing-masing untuk membantu mereka yang dalam kesusahan.
Diharap dengan iklan macam ni, ramai lagi antara kita yang menghulurkan tangan buat mereka yang memerlukan dan sentiasa menghargai satu sama lain, macam lirik lagu Takaful Malaysia – apa jua dugaannya, no problem no worries we got you. Barulah semangat bermasyarakat itu lebih terjalin!
Jadi, yang mana nak layan video penuh iklan Takaful Malaysia ni, boleh saksikan di saluran YouTube mereka. Selamat Hari Merdeka!