Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam perutusan khas Pelan Pemulihan Ekonomi Jangka Pendek sebentar tadi mengumumkan kerajaan akan melancarkan pas perjalanan tanpa had pengangkutan awam bulanan yang dikenali sebagai MY30.
Inisiatif itu bakal menyaksikan para pengguna hanya perlu membayar sebanyak RM30 sebulan untuk menikmati perkhidmatan pengangkutan awam yang disediakan syarikat Prasana di Lembah Klang.
Pas tersebut yang akan mula berkuatkuasa 15 Jun sehingga Disember tahun ini bakal meliputi perkhidmatan pengangkutan awam yang berada di bawah Prasarana seperti LRT, MRT,Bas Rapid KL dan juga perkhidmatan monorel.
Program MY30 akan diperkenalkan untuk pas perjalanan tanpa had bagi pengangkutan awam di bawah seliaan Prasarana di Lembah Klang, berkuatkuasa 15 Jun hingga 31 Disember 2020 – PM @MuhyiddinYassin
— MAJLIS KESELAMATAN NEGARA (@MKNJPM) June 5, 2020
Selain pengumuman pas perjalanan pengangkutan awam tanpa had, perdana menteri dalam perutusannya sebentar tadi turut mengumumkan kerajaan akan memberi kredit sebanyak RM50 ke dalam akaun e-wallet.
Peruntukan itu juga menurut beliau akan turut dipadankan dengan pemberian cashback sebanyak RM50 yang akan mula berkuatkuasa Julai ini.
Kerajaan akan kredit RM50 dalam akaun e-dompet yang dipadankan dengan baucar diskaun dan cashback bernilai RM50 bermula Julai 2020 – PM @MuhyiddinYassin
— MAJLIS KESELAMATAN NEGARA (@MKNJPM) June 5, 2020
Buat netizen teruja
Pengumuman Pelan Jana Semula Ekonomi Negara atau Penjana itu turut menerima reaksi positif daripada kalangan netizen terutama dengan pengumuman pas perjalanan tanpa had MY30 dan pemberian kredit e-wallet tersebut.
Semakan kami di laman media sosial Twitter mendapati rata-rata netizen menumpukan perhatian terhadap pengumuman insentif-insentif yang diberikan kepada individu-individu berbanding kepada sektor ekonomi.
Pengumuman itu menurut mereka secara tidak langsung dapat membantu perbelanjaan masyarakat ketika ini yang terpaksa berhadapan dengan kesukaran ekonomi berpunca daripada penularan wabak COVID-19.
THIS IS THE BEST!!!
Sebelum ni kita ada #My100 dan #My50, sekarang government bagi #My30 untuk pengangkutan awam.
Seringgit sehari! pic.twitter.com/WEBTdbPZd8
— Azraei Muhamad | #FinancialGory (@azraeimuhamad) June 5, 2020
https://twitter.com/ifarhan_rosdi/status/1268816429291171841?s=20
https://twitter.com/_aisyahv/status/1268817474201374720?s=20
Rm50 pada e-wallet , tahun lepas rm30 , peningkatan yang memberansangkan
— BenHakim (@TanSri_AlHakim) June 5, 2020
Pengumuman kali ini bukanlah kali pertama yang memanfaatkan individu-individu di seluruh negara, malah sebelum ini kerajaan juga mengumumkan pelan rangsangan yang turut melibatkan pemberian BPN. Baca mengenainya di pautan di bawah.
Empat Bantuan Prihatin Nasional Secara ‘One-Off’ Yang Anda Perlu Tahu
Ini Cara Semak Dan Memohon Pembayaran Bantuan Prihatin Nasional Mulai 1 April