Sejak Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri Malaysia, banyak perkara-perkara ‘kecil’ menjadi bahan bualan netizen.
Baru-baru ini perdana menteri berkongsi beberapa keping gambar melalui akaun rasmi Twitter @anwaribrahim semasa mengadakan lawatan singkat ke Turkiye susulan tragedi gempa bumi yang meragut ribuan nyawa.
Baca Juga:
- Gara-Gara Buli Anak Perdana Menteri Di Jalanan, Polis Gesa Pemandu Iriz Hijau Tampil Ke Balai
- ‘Ini Lain Daripada Yang Lain’ – Video Ucapan Tahun Baharu Cina Perdana Menteri Raih Perhatian
- Bukan Model Terkini, Ini Telefon Pintar Yang Digunakan Anwar Ibrahim Sebagai Perdana Menteri
Seorang pengguna Twitter @azhrmj menyatakan jurufotografi perdana menteri itu sebagai ‘Master of Composition’ dan mendakwa mungkin seorang bekas jurufotografi lanskap kerana setiap hasil gambar yang ditangkap mempunyai susunan komposisi yang kemas teratur.
https://twitter.com/azhrmj/status/1626059017188679681?s=20
Ciapan yang menjadi bualan netizen itu ‘sampai’ ke pengetahuan jurufotografi yang merakam semua gambar semasa turut bersama perdana menteri di Turkiye.
Menurut @sadiqasyraf, beliau bukanlah seorang jurufotografi seperti yang didakwa orang ramai. Sebaliknya beliau memulakan kerjaya dalam bidang kreaftif sebagai jurureka grafik.
“Oleh sebab itulah dalam gambar-gambar yang saya tangkap, saya sangat menekankan komposisi, garisan, simetri, pembingkaian yang baik.
“Pada masa sama gambar-gambar saya boleh dikatakan banyak dipengaruhi oleh gaya Wes Anderson,” petik ciapan @sadiqasyraf.
Thanks. Haha I’m not a landscape photographer though. But I started my creative career as graphic designer. That's why my pictures emphasize good composition, lines, symmetry, framing. My photos are heavily influenced by Wes Anderson's style I would say. https://t.co/snTuDDIHmm
— sadiqasyraf (@sadiqasyraf) February 16, 2023
Difahamkan juga @sadiqasyraf merupakan presiden Kelab Fotokreatif pada tahun 2013, di mana kelab itu merupakan sebuah kelab yang menjalankan aktiviti/perkhidmatan fotografi dan videografi yang meliputi pembelajaran, latihan, praktikal dan keusahawanan untuk semua ahli dalam menghasilkan gambar dan produk yang bermutu tinggi.
Selepas mengetahui jurufotografi perdana menteri merupakan presiden Kelab Fotokreatif dan menginspirasikan Wes Anderson, netizen bersetuju sebab itulah gambar-gambar yang dikongsikan melalui media sosial Anwar Ibrahim sangat cantik dan berkualiti tinggi.
Oh bekas President KFK rupanya. No wonder lah paduu! https://t.co/64zaZZfXoL
— zach szoboszlai (@zxchhhhh_) February 16, 2023
pernah terfikir jugak, gambar official pmx selalu cantik macho ! no wonder 💪🏽 https://t.co/pgDMPpuv7p
— ateyo. (@remedytee) February 16, 2023
Bila Wes Anderson dijadikan reference memang syahdu betul hasil dia https://t.co/OgeUmOud8s
— AMIN (@ini_sayaal) February 16, 2023
When you appointed the right man https://t.co/ccTYbbq1Ot
— foot_long (@badonkadoinkkk) February 16, 2023
Dalam pertemuan singkat antara Anwar Ibrahim dan Recep Tayyip Erdoğan, menyampaikan ucapan takziah dari rakyat Malaysia serta memaklumkan mengenai bentuk bantuan yang telah diusahakan oleh pihak Kerajaan Malaysia.
Beliau turut bertemu dengan pasukan pencari dan penyelamat (SAR) kita di Nurdagi, Gaziantep dan beliau memuji kesungguhan, kecekapan dan tahap profesionalisme yang tinggi sewaktu pengoperasiaan carilamat mangsa gempa bumi di kawasan tersebut.
Anwar Ibrahim yang terus bergegas ke Parlimen sejurus tiba dari Turkiye mencadangkan agar petugas SMART yang terlibat dalam misi ini diberi pingat dan elaun khas, dan saya telah memberi persetujuan agar pasukan SMART yang sepatutnya berada hanya 2 minggu di Turkiye utk melanjutkan tempoh perkhidmatan mereka atas permintaan Presiden Erdogan.