Pasangan viral bawa bayi atas motosikal sebelum ini rasminya, sah menjadi suami isteri.

Sebelum ini tular video pasangan membawa bayi dengan bantuan alat pernafasan di atas motosikal yang meraih simpati netizen. Sehingga ada pemilik kereta terpakai menghadiahkan mereka kereta terpakai.

Rezeki Adik Mohd Aariz, Tauke ‘Used Car’ Bagi Proton Persona

Namun begitu, pihak masjid dan orang kampung mendedahkan bahawa pasangan tersebut sebenarnya masih belum berkahwin dan tinggal bersekedudukan.

Mereka turut menerima banyak bantuan lain selepas mereka menjadi tular. Malah turut dijemput oleh stesen radio untuk temuramah.

Netizen kecewa apabila mendapat tahu bahawa pihak masjid sudah menjelaskan bahawa pasangan tersebut sebenarnya belum berkahwin. Pihak masjid pernah menasihati mereka sebelum ini.

Pihak masjid juga menyatakan mereka hanya menjelaskan tentang hubungan pasangan tersebut dan tidak mahu mengulas tentang bayi di bawah jagaan mereka.

Malah imam kepada masjid Al Ma’arufi turut simpati dengan anak wanita itu yang kronik. Namun harus menyatakan hal sebenar berkaitan dengan hubungan pasangan itu.

Rezeki Adik Mohd Aariz, Tauke 'Used Car' Bagi Proton Persona
Sumber Gambar: MSN

Mengakui diri mereka khilaf, pasangan tersebut mendedahkan mereka memang sudah merancang untuk berkahwin. Cuma sebelum ini keutamaan mereka adalah perubatan anak mereka.

Pada hari ini, Mstar melaporkan bahawa pasangan Azlan dan Hidayu selamat dinikahkan. Pengerusi Qariah Masjid Al Maarufi Seberang Kota, Alor Setar, Kedah iaitu Muhammad Hazamer Muslim menganggap kisah pasangan itu sebelum ini sebagai buku lama.

Hazamer berkata kepada Mstar: “Saya nasihatkan pada mereka, Allah dah atur kehidupan yang baharu. Jadi tutup buku lama, buka buku baharu. Insya-Allah banyak rezeki yang Allah dah aturkan untuk mereka selepas ini,” ujarnya lagi.

Ramai yang mengucapkan tahniah kepada pasangan tersebut. Dan mendoakan bayi mereka diberikan kesembuhan.