Terbaharu, seorang pengguna Facebook Nurul Aiman dalam satu hantaran meluahkan rasa kesalnya apabila maruah keluarga dipijak dan ditipu oleh tunangnya sekeluarga.

Menerusi hantaran tersebut, lelaki tersebut mengatakan sepatutnya dia dan tunangnya melangsungkan majlis akad nikah pada hujung minggu lalu di Mukah tetapi dirinya sekeluarga ditipu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Pada hari yang sepatutnya majlis berlangsung, dia dan keluarga yang telah tiba ke rumah tunangnya itu pelik apabila rumah tersebut kosong seolah-olah tiada sebarang majlis serta tunangnya sekeluarga turut tidak membalas pesanan dihantarnya.

Lebih mengejutkan apabila dia mengetahui kebenaran daripada saudara tunangnya di sebelah rumah bahawa tunangnya itu sebenarnya isteri orang dan sudah memiliki dua orang anak.

Aiman juga tergamam kerana bapa kepada tunangnya itu tergamak untuk bersubahat menipunya. Difahamkan, dia telah mengalami kerugian berpuluh ribu ringgit untuk segala persiapan perkahwinan dan juga wang hantaran bernilai RM8,000 juga dipercayai lesap.

Susulan itu, Aiman dan keluarga sudah membuat laporan polis berhubung penipuan tersebut yang dianggarkan bernilai RM30,000.

Menurutnya, wanita tersebut merupakan seorang yang bertugas dalam pasukan badan beruniform dan menjawab persoalan ramai mengenai proses daftar nikah, dia mengatakan urusan itu diselesaikan oleh pihak perempuan.