Menjadi satu perkara wajib buat bakal pasangan pengantin melakukan pengambaran pre wedding untuk diabadikan sebagai kenangan. Maka, ramailah pasangan pengantin mengambil peluang untuk menangkap gambar di lokasi tertentu untuk tampil unik.

Namun, tular sebuah video di media sosial apabila sepasang pengantin dilihat hampir dilanggar sebuah keretapi yang sedang operasi ketika pengambaran berlangsung.

Taobao
HYPE
Raya Extra Meriah! 5 Dekorasi DIY Dari Taobao Wajib Ada Untuk Rumah Anda!
Baca lagi →

Kejadian tersebut berlaku di Guillemard Bridge, Tanah Merah yang mana sudah menjadi lokasi tumpuan buat pengemar fotografi kerana keunikan rekaan jabatan berkenaan yang tersendiri.

Menerusi video yang tular, pasangan pengantin dan jurugambar itu didapati sedang beredar daripada laluan rel keretapi selepas dihon dalam tempoh yang lama oleh pemandu lokomotif yang mahu melalui jabatan berkenaan.

Pasangan Pengantin Di Kelantan Ini Nyaris Dilanggar Kereta Api Gara-Gara Mahu ‘Shooting’
Sumber Gambar: TikTok
Pasangan Pengantin Di Kelantan Ini Nyaris Dilanggar Kereta Api Gara-Gara Mahu ‘Shooting’
Sumber Gambar: TikTok

Alangkah nasib baik buat mereka kerana keretapi sempat diperlahankan sekaligus berjaya menggelakkan perkara yang tidak diingini.

@

♬ –

Video yang dikongsikan oleh akaun @yahobrove di TikToknya telah meraih perhatian ramai dan rata-ratanya membidas tindakan melulu pasangan tersebut yang selamba membuat pengambaran di lokasi berbahaya.

Pasangan Pengantin Di Kelantan Ini Nyaris Dilanggar Kereta Api Gara-Gara Mahu ‘Shooting’
Sumber Gambar: TikTok
Pasangan Pengantin Di Kelantan Ini Nyaris Dilanggar Kereta Api Gara-Gara Mahu ‘Shooting’
Sumber Gambar: TikTok

Bahkan, ramai yang mendakwa bahawa mereka boleh dikenakan tindakan undang-undang merujuk Akta Keretapi 1991 kerana menceroboh dan melintas trek sesuka hati.