Penyerang Norway, Alexander Sorloth, kini menjadi sasaran kecaman hebat daripada para penyokong susulan kegagalan skuad kebangsaannya dalam kempen Piala Dunia 2026 yang berakhir dengan kekalahan dramatik di tangan England.

Sorloth dikritik hebat kerana gagal melakukan hantaran mudah kepada rakan sepasukannya, Erling Haaland, ketika Norway berpeluang emas melalui situasi serangan balas dua-lawan-satu.

Dalam detik genting tersebut, Sorloth hanya perlu melorongkan bola kepada Haaland yang berdiri bebas tanpa kawalan untuk berhadapan satu-lawan-satu dengan penjaga gol England, Jordan Pickford.

Oleh sebab itulah, netizen sedunia langsung memenuhi ruangan komentar di hantaran yang dibuat pada awal minggu lalu untuk meluahkan kemarahan terhadap tindakan melulu pada perlawanan Norway bertemu England.

Menerusi lebih 100,000 komentar yang ditinggalkan, majoriti sebulat suara meminta pemain Alexander Sorloth untuk memberikan bola kepada Haaland dengan nada sinis.

'Pass Bola Ke Haaland' - Akaun IG Sorloth Dan Pasangan Diserang Netizen Sedunia
Sumber Gambar: IG
'Pass Bola Ke Haaland' - Akaun IG Sorloth Dan Pasangan Diserang Netizen Sedunia
Sumber Gambar: IG

Jelas kemarahan membuak-buak apabila sejumlah komentar daripada pelbagai bahasa turut kelihatan di dalam hantaran tersebut. Tidak kurang juga, ada yang melabel dia sebagai ejen rahsia yang dilantik oleh England untuk memberi kemenangan kepada negara tersebut.

Tambahan pula, ada yang meminta untuk dia tidak menyertai pasukan negaranya lagi kerana didakwa melakukan satu sabotaj yang besar yang mengorbankan peluang untuk meraih piala dunia pada siri kali ini.

Malahan, pasangannya juga dilihat menerima tempias di dalam sentimen ini yang mana turut diserang oleh netizen antarabangsa. Mereka siap memesan @lenaselnes agar menasihati Sorloth untuk berhentikan karier sebagai pemain bola dan cuba terokai sukan lain yang dimainkan secara bersendirian seperti tenis.

Ini respon Lena Selnes selepas dihujani mesej kebencian oleh peminat piala dunia di media sosialnya.

'Pass Bola Ke Haaland' - Akaun IG Sorloth Dan Pasangan Diserang Netizen Sedunia
Sumber Gambar: IG

“Piala Dunia dan bola sepak membawa banyak kegembiraan, tetapi juga banyak kebencian. Sebenarnya tidak mahu memberi sebarang perhatian kepada perkara ini, tetapi ia diperlukan selepas melihat komen-komen seperti ini:”

“Berharap semua orang boleh berfikir panjang (fikir sedalam-dalamnya) terlebih dahulu sebelum menulis komen sedemikian, tidak kira apa jua situasi,” tulis pasangannya di IG Story.