Penyerang legenda Belanda, Patrick Kluivert dikatakan telah memeterai perjanjian untuk bergelar Ketua Jurulatih Skuad Kebangsaan Indonesia.

Perkembangan terbaharu itu disahkan oleh wartawan bola sepak terkenal dunia, Fabrizio Romano di laman Facebook peribadinya sebentar tadi.

Baca Juga:

Pernah membimbing skuad simpanan FC Twente (Jong Twente) dan Adana Demirspor, Kluivert menggantikan Shin Tae-yong yang baharu sahaja dipecat sebentar tadi.

Beliau juga sebelum ini pernah bergelar penolong pengurus skuad kebangsaan Belanda dan Cameroon.

“Patrick Kluivert telah menandatangani kontrak sebagai ketua jurulatih baharu skuad kebangsaan Indonesia, perjanjian sudah dimuktamadkan.”

“[Kontrak] dua tahun dengan pilihan lanjutan dua tahun lagi, sesi pengenalan akan diadakan pada 12 Januari nanti di Indonesia.”

“Sasarannya adalah untuk melepasi pusingan kelayakan Piala Dunia,” ujar Fabrizio Romano lagi.

Perkara yang boleh dianggap mengejutkan itu masih belum diumumkan oleh Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI).

Sebelum ini nama Louis Van Gaal dikaitkan dengan jawatan panas itu tetapi dengan pendedahan tersebut ia sekali gus menamatkan sebarang spekulasi mengenai siapakah yang menjadi pilihan PSSI.

Seperti dilaporkan sebelum ini, Shin Tae-yong dipecat walaupun kempen walaupun kempen Indonesia dalam pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026 dilihat berada di landasan tepat dimana mereka kini berada di tangga ketiga dengan enam mata.

Pengendali dari Korea Selatan itu mula membimbing Indonesia pada 28 Disember 2019 dan turut menandatangani kontrak lanjutan sehingga 2027.

Namun nampaknya PSSI ada misi lebih besar dengan memecat beliau dan membawa masuk Kluivert yang merupakan DNA Belanda.