Misteri bau hancing yang menghantui pengguna MRT selama ini akhirnya terjawab!

Bayangkan tengah melangkah kaki nak ke tempat kerja, tiba-tiba hidung ‘disapa’ bau yang meloyakan.

Rupanya, ada individu yang tergamak buat eskalator awam macam tandas peribadi sendiri sampai kantoi dirakam kamera.

Perkara ini berjaya terbongkar selepas tular sebuah rakaman yang memperlihatkan aksi tidak sopan oleh seorang pengguna MRT yang disyaki warga asing sedang menuruni sebuah ekskelator.

Pengguna Threads dengan nama Danish Afiq menceritakan pada waktu ketika itu dia sedang dalam perjalanan untuk pergi ke lokasi pekerjaan menggunakan laluan MRT Titiwangsa.

Namun, di saat permulaan hari yang sepatutnya dalam kegembiraan bertukar menjadi satu situasi yang menjengkelkan seusai melihat aksi seorang lelaki yang dipercayai warga asing di hadapannya dengan selamba membuang kecil di dalam seluar.

Si pelaku turut mengalihkan kaki sedikit seolah-olah cuba mengalirkan air kencingnya terus ke tapak platform dengan cepat.

Susulan penularan di Threads, netizen langsung meluahkan rasa bengang dengan sikap segelintir warga asing yang tidak menjaga fasiliti awam dan selamba melakukan perbuatan tidak bermoral di khalayak awam.

“Patut laa setiap kali aku lalu nak ke MRT MUZIUM bau hancing …. Macam ni rupanya kejadian diaa ! Asal tak tapak je dari belakang,”  ujar seorang wanita dengan nada marah.

“Kuang ajar betul. Pastu duduk merata. Pastu kita pon duduk bekas dia kencing tu. Kita pulak,” tegur seorang lagi yang risau tentang kebersihan diri yang terjejas.

“Wehh apa benda ni. Tolong buat report dkt staff mrt tu. Jgn bagi muka dgn org mcm ni,” tulis seorang netizen.

Di sinilah juga akhirnya pengguna-pengguna pengangkutan awam berjaya merungkai bau hancing yang selama dihidu sewaktu menggunakan platform di sebahagian MRT selama ini.

Oleh itu, orang ramai meminta agar individu yang berdepan dengan situasi ini untuk menegur si pelaku dan maklumkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan selanjutnya.