Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan meminta bantuan Interpol bagi mengkaji maklumat dan bahan bukti kes bunuh kanak-kanak autisme Zayn Rayyan Abdul Matiin, petik laporan Buletin TV3.

Menurut Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, walaupun ianya tidak konklusif, pihak Interpol mempunyai beberapa maklumat yang boleh disemak dalam pangkalan data mereka bagi membantu siasatan PDRM.

Baca Juga:

“Kita telah buat yang terbaik sehingga sekarang ini, kita telah buat semakan rumah ke rumah, kita telah semak CCTV dan dashcam.

“Kita dah menyuruh orang awam kongsi maklumat, kita pun dah semak aktiviti harian mangsa ini, jadi kita telah sisat dari berbagai sudut dan kita masih teruskan perkara ini cuma kita belum sampai masanya lagi,” katanya pada satu sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak hari ini.

Difahamkan setakat ini pihak polis telah membuat carian rumah ke rumah dan merakam percakapan 225 individu untuk membantu siasatan kes berkenaan.

Tambahnya, 246 daripada 248 sampel DNA yang telah dianalisa juga tidak menunjukkan sebarang petanda positif.

Kesannya, ia menyukarkan pihak polis mengetahui tempat kejadian jenayah utama dan menjadi cabaran kepada pihak polis.

Sehubungan dengan itu orang awam yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kes yang disiasat diminta tampil memberikan kerjasama.

Terdahulu, dua saksi mendakwa ada ternampak Zayn Rayyan kira-kira 5 jam selepas kanak-kanak itu itu disedari hilang oleh ibunya kira-kira jam 12.30 tengah hari pada 5 Disember.

Dua saksi berkenaan dikatakan ada terlihat mangsa di tingkat dua dan tiga Blok R Apartmen Idaman, Damansara Damai dalam keadaan berseorangan.

Sumber