Pearly Tan-M. Thinaah terpaksa akur dengan kehebatan Liu Sheng Shu-Tan Ning untuk muncul naib juara Kejohanan Badminton Terbuka Indonesia 2025 pada aksi yang berlangsung di Istora Senayan, Jakarta sebentar tadi.
Beraksi menentang gandingan ranking nombor satu dunia jelas bukan tugas mudah buat Pearly-Thinaah apabila mereka ketinggalan jauh 9-15.
Baca Juga:
- Malaysia Masters 2025: Perjalanan Pearly-Thinaah Terhenti Di Separuh Akhir
- Pearly-Thinaah Muncul Juara Terbuka Thailand 2025
- Pearly-Thinaah Cemerlang Muncul Juara Terbuka Hong Kong 2024
Namun, jarak tersebut tidak dihiraukan Pearly-Thinaah yang dengan tenang mendapatkan mata demi mata bagi mengikat kembali kedudukan 16-16 dan akhirnya menang 25-23.

Pasangan China itu bagaimanapun tampil dengan lebih baik pada set kedua untuk menang 21-12 sekali gus mengheret aksi ke set penentuan.
Pearly-Thinaah memulakan set ketiga dengan baik apabila mendahului wakil China tersebut dengan kedudukan 9-4.
Namun, kekuatan mental Sheng Shu-Tan Ning jelas dapat disaksikan yang menyaksikan mereka pula mendahului dengan jurang mata 11-10.
Pearly-Thinaah Terpaksa Akur
Aksi selepas itu semakin sengit dengan corak permainan saling kejar-mengejar mata ditampilkan yang akhirnya kemenangan 21-19 memihak Liu Sheng Shu-Tan Ning untuk muncul selaku juara.

Dengan kejayaan tersebut, Sheng Shu-Tan Ning membawa pulang hadiah wang tunai bernilai $107,300 manakala Pearly Tan-M. Thinaah pula menerima hadiah bernilai $50,750.