Ketua pasukan skuad kebangsaan Portugal, Cristiano Ronaldo dilaporkan semakin hampir untuk menandatangani kontrak baharu bersama kelab Liga Pro Saudi, Al-Nassr sekaligus mendapat kenaikan gaji yang cukup tinggi.

Ronaldo bakal menerima gaji sebanyak €200 Juta setahun atau sekitar RM928 Juta dalam kontrak baharu yang ditawarkan dan pemain itu muncul sebagai pemain yang menerima gaji tertinggi di dunia.

Baca Juga:

Gaji €200 Juta setahun adalah angka secara keseluruhan dan mungkin anda tertanya-tanya mengenai butiran gaji yang bakal diterima oleh Ronaldo. Anda boleh lihat dalam ciapan di atas.

Selain mendapat kenaikan gaji, Al-Nassr turut menawarkan beberapa insentif pemain pemain berusia 39 tahun itu antaranya ditawarkan peluang untuk mengambil sebanyak lima peratus kepentingan dalam pasukan Liga Pro Saudi itu.

Tawaran itu diberikan selepas Al-Nassr akan menjalankan perubahan dari segi struktur, dengan presiden dan ketua pegawai eksekutif baharu akan dilantik dalam beberapa bulan akan datang.

Segala kelebihan yang diberikan kepada Cristiano Ronaldo merupakan simbol kepada kepercayaan dan rasa puas hati kelab terhadap pemain itu sejak beraksi bersama pasukan pada 2023.

Pengurus pasukan iaitu Stefano Piolli mendedahkan sebab mengapa Ronaldo mendapat layanan istimewa dari Al-Nassr.

“Jika saya sampai setengah jam lebih awal, dia sudah ada 25 minit lebih awal,” ujar Pioli menurut sumber laporan Goal.

“Dia sentiasa yang pertama menaiki bas. Dia seorang yang mementingkan kesempurnaan dan mengharapkan banyak perkara daripada dirinya sendiri dan orang lain.”

“Dia hidup untuk pasukan, dia membantu, dia memberi nasihat. Kadang-kadang saya biarkan dia bercakap dengan pemain. Saya tidak boleh layan dia seperti yang lain, tetapi dia bijak dan menghormati peranannya dan peranan saya.”

Al-Nassr adalah satu daripada empat pasukan yang dimiliki oleh Public Investment Fund, syarikat milik kerajaan Arab Saudi yang mempunyai 75 peratus kepentingan dalam kelab itu selain pesaing utama seperti Al-Ittihad, Al-Ahli dan Al-Hilal.