Adakah anda masih ingat rasa kepedasan ‘ayam goreng 2X spicy’ yang pernah diperkenalkan oleh McDonald’s sebelum ini? Jika bagi anda rasa ayam tersebut sudah pedas, bayangkan jika ditambah lagi level kepedasannya.
McDonald’s telah memperkenalkan menu baharu iaitu ‘Ayam Goreng Extra Spicy 3X’ dan telah tersedia semalam di semua cawangan restoran McDonald’s. Kami telah mencuba sendiri menu terbaru yang diperkenalkan oleh McDonald’s.
Jadi apa pandangan kami mengenai ‘Ayam Goreng Extra Spicy 3X’ ini? Bagi kami rasa yang ditawarkan ternyata tidak mengecewakan. Mengapa kami katakan begitu?
Rasa yang ditawarkan pedas daripada ayam goreng regular yang biasa dijual. Setiap gigitan akan memberikan ‘kick’ deria rasa anda dan pastinya akan membuatkan anda tercari-cari air untuk menghilangkan rasa pedas.
Lihat warna pada kulit ayam pun boleh rasa kepedasannya. Walaupun ianya 3x pedas, akan tetapi rasanya tidaklah pedas seperti Maggi Pedas Giler dan Samyang. Rasa pedasnya ‘just nice’ dan masih boleh dinikmati.
Ayam Goreng Extra Spicy 3X ini dijual pada harga RM11.90 untuk ala carte dan RM16.95 untuk set dengan air dan kentang goreng.
Disebabkan permintaan yang tinggi untuk Ayam Goreng 3X pedas ini, hampir kebanyakkan cawangan McDolands kehabisan stok untuk menu ini. Nasihat kami adalah untuk anda memesan set ini menerusi Food Panda. Barulah anda tahu ayam goreng ini masih ada dalam stok atau pun tidak. Kecewa nanti bila sampai McDonalds tiba-tiba ayam dah habis. Selamat mencuba!