Kadar tarif air di Perak naik 5 sen untuk setiap meter padu berkuat kuasa pada 1 Mei hadapan.

Perkara itu disahkan oleh Pejabat Menteri Besar Perak yang turut menegaskan bahawa ini adalah kali pertama tarif air di negeri itu dinaikkan selepas 18 tahun.

Baca Juga:

Di mana kali terakhir trafi air di negeri itu naik pada 2006 yang lalu.

Pejabat Menteri Besar Perak mengambil langkah untuk mengurangkan kesan kenaikan tarif ini kepada pengguna domestik. Di mana LAP akan memberikan rebat sebanyak 40 sen untuk setiap meter padu bagi penggunaan sehingga 10 meter padu dalam sebulan.

Dengan itu kadar purata tarif penggunaan sehingga 20 meter padu adalah 55 sen dengan rebat tersebut, berbanding 75 sen angka sebenar tanpa rebat.

Pejabat Menteri Besar Perak turut mengesahkan bahawa kenaikan tarif air ini tidak akan menjejaskan program air percuma untuk 25 meter padu sebulan kepada golongan sasar. Dan air percuma 20 meter padu bagi rumah ibadat.

Kerajaan Perak mendedahkan bahawa, kenaikan tarif sebanyak 5 sen itu masih jauh lebih rendah berbanding negeri lain yang purata kenaikan sekitar 22 sen seperti yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).

LAP percaya kenaikan tarif baharu itu akan membantu mereka meningkatkan lagi kualiti perkhidmatan dan juga untuk pembiayaan penambahbaikan termasuk membina loji rawatan air di kawasan pembangunan yang baharu.

Menurut laporan BERNAMA, beberapa negeri sebelum ini mengumumkan kenaikan tarif air susulan daripada keputusan mesyuarat Jemaah Menteri yang meluluskan Perlaksanaan Pelarasan Kadar Bekalan Air untuk kategori domestik dan Pengenaan Caj Elektrik berkuatkuasa pada 1 Februari.