Apabila memasuki ke tempat orang, kita sudah diajar untuk menjaga adab dan kebersihan apatah lagi ketika berada di di Tanah Suci, Makkah.
Bagaimanapun, tular sebuah video yang dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok di mana memperlihatkan seorang individu yang dipercayai dari Indonesia membidas tindakan wakil jemaah dari negaranya sendiri yang membuat kotor di tanah suci.
Di dalam video tersebut, lelaki tersebut yang berada kawasan tempat berehat dipercayai di Padang Arafah telah membongkar perangai sebenar jemaah dari negara jiran yang membuang sampah-sarap sesuka hati.
Dapat dilihat tempat rehat itu menjadi kotor kerana sampah yang ditinggalkan oleh jemaah terbabit. Antara bukti kukuh yang menguatkan lagi kenyataan apabila ditemui pek rokok dan botol minuman teh jenama dari Indonesia di tengah timbunan sampah yang dibiarkan.
Malah, bekas-bekas makanan juga dibiarkan terdedah begitu sahaja dan lebih teruk lagi di sepanjang sisi jalan turut dipenuhi sampah-sarap yang dipercayai hasil daripada jemaah Indonesia sendiri kerana berdekatan tempat istirehat mereka.
“Kalian sudah buat kotor di gunung yang sedang viral di Kota Makkah, kalau diketahui oleh pemerintahan di sini nanti ditutup, dijaga kita tidak boleh datang ke sini lagi,” ujarnya.
Lelaki itu langsung meluahkan rasa risau jika kalau perkara ini menjadi perhatian kerajaan Arab Saudi yang pasti akan mengakibatkan keistimewaan untuk beribadah di sana berpotensi dilucutkan.
Bagaimanapun, dia berpendapat perkara ini perlu ditularkan mungkin merasa sudah melampui batas kerana sanggup mengotori tempat suci yang dipandang mulia oleh semua umat Islam sedunia.
Dalam masa sama, dia turut menasihati agar jemaah Indonesia untuk menjaga kebersihan sejagat kerana menjaga kebersihan itu juga sebahagian daripada iman.
@kenotbrain8
Perkongsian video tersebut sememangnya tular di platform TikTok sekaligus meraih pelbagai reaksi dari netizen Malaysia yang menontonnya.
Ramai yang meluahkan rasa kecewa dengan sikap segelintir jemaah Indonesia yang sanggup mengotori tempat suci Islam yang biasanya dikunjungi oleh jutaan pengunjung Muslimin dan Muslimat pada saban hari.


Selain itu, ada yang mendedahkan antara perangai jemaah Indonesia juga suka membuat kecoh, melanggar peraturan sesuka hati sehingga menimbulkan rasa kurang senang di kalangan warga setempat di Makkah.