Dua pelajar dari China mengadu diserang oleh pemandu Grab di Kuantan. Difahamkan salah seorang daripada mereka dilaporkan cedera parah.

Memetik laporan China Press, pelajar terbabit memberitahu bahawa insiden itu tercetus selepas pemandu Grab tersebut berang apabila salah seorang daripada mereka menutup pintu keretanya terlalu kuat.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Mangsa yang berusia 22 tahun, pelajar di Universiti Putra Malaysia (UPM), berkata dia bersama rakan wanitanya mengadakan lawatan selama dua hari di Kuantan.

Selepas melawat menara Kuantan 188, dia dan rakannya menaiki Grab untuk pulang ke hotel.

Bagaimanapun, sebaik sahaja keluar dari kereta, pemandu itu mengambil tripod dan menyerang mereka berdua sehingga salah seorang daripada mereka mengalami cedera parah iaitu patah jari telunjuk dan tengah.

“Selepas serangan itu, saya dan rakan saya dengan cepat mengemas barang-barang kami dan menaiki bas ke KL kerana kami bimbang tindakan balas selanjutnya daripada pemandu,” katanya sambil menambah dia kemudian mendapatkan rawatan di Hospital Tung Shin.

Mangsa berkata sepanjang perjalanannya ke Kuantan, dia tidak menghadapi sebarang masalah dan mengesyaki serangan itu disebabkan dia menutup pintu kereta terlalu kuat.

“Saya teringat bahawa ada pemandu lain merungut dan memberi isyarat kepada saya dan rakan saya kerana menutup pintu terlalu kuat, sebab itu saya percaya kes ini ada kaitan.”

Dua hari selepas serangan itu, Yuan berkata Grab memaklumkan kepadanya bahawa mereka telah menggantung akaun pemandu tersebut. Tetapi, dia masih menerima beberapa panggilan telefon yang didakwa dibuat oleh pemandu.

“Saya percaya pemandu membuat panggilan itu untuk menakut-nakutkan saya kerana dia marah kerana akaunnya digantung oleh Grab,” katanya.

Difahamkan bahawa satu laporan polis telah dibuat ke atas pemandu Grab tersebut.

Sumber