Seorang pelajar terbaik dunia dalam bidang perakaunan maut selepas terlibat dalam kemalangan yang membabitkan enam kenderaan di Jalan Hulu Langat baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata kemalangan yang berlaku pada jam 4.45 petang, membabitkan empat motosikal dan dua kereta.

kuih raya
HYPE
Dari Dapur Nenek Ke Dapur Moden: Kuih Raya Tradisi Dengan Elemen Inovatif
Baca lagi →

Baca Juga:

“Sebuah kereta jenis Perodua Alza yang datang dari arah Ampang telah masuk ke laluan bertentangan dan merempuh kelima-lima kenderaan sehingga menyebabkan salah seorang penunggang motosikal tercampak dan jatuh di tepi jalan

“Akibat kemalangan itu, seorang lelaki berusia 20 tahun yang menunggang sebuah motosikal disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Semua mereka yang terbabit kemalangan berusia 17 hingga 38 tahun. Buat masa ini kita sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung punca bagaimana Perodua Alza terbabit boleh masuk ke laluan bertentangan.

“Lima lagi penunggang dan pembonceng motosikal yang lain cedera dan di bawa ke Hospital Ampang untuk rawatan,” katanya dalam satu kenyataan.

Mangsa Maut Nahas Alza Pelajar Perakaunan Cemerlang

Salah mangsa yang maut dalam kemalangan itu, Aysar Zahran Saiful Alimin adalah seorang pelajar cemerlang di bawah biasiswa MyPAC-Maybank Islamic Berhad bagi program ACCA-FIA di TYMBA.

TYMBA Education melalui hantaran di Facebook malam tadi memaklumkan Allahyarham meraih tempat pertama di Malaysia dan tempat kedua dunia bagi kertas Management Information 1 (MA1) dalam peperiksaan FIA pada Disember 2023.

“Pencapaian luar biasa Aysar, termasuk meraih tempat pertama di Malaysia dan tempat kedua di dunia bagi kertas Management Information 1 (MA1) dalam peperiksaan FIA pada Disember 2023, amat membanggakan kami.

“Komitmen dan kecemerlangannya akan sentiasa dikenang dalam hati kami. Takziah yang mendalam buat keluarga beliau serta mentornya, iaitu tutor kami, Puan Fatimah (Alumni MyPAC).

“Semoga Allah mengurniakan kesabaran dan kekuatan kepada mereka, serta menempatkan roh Aysar dalam kedamaian abadi di taman-taman syurga,” kata kenyataan itu.